“Stressnya muka breakout teruk sebab pakai face mask!” – 3 tips mudah ini bantu anda!

“Sejak pakai pelitup muka ni , jerawat makin menjadi-jadi,! Yelah norma baru sekarang wajib pakai pelitup muka di tempat awam! ” dengus si Mas.

“Itulah, aku faham , sebab muka aku pun sama! Tapi, aku baca baru ni ada 3 tips mudah untuk elak dari MASKNE terjadi! Jom aku share dengan kau.. ” balas si Maznah.

*****

Bagi yang berkulit sensitif, pemakaian pelitup muka berpanjangan menyebabkan jerawat ‘maskne ’. 

Jerawat maskne adalah gabungan perkataan mask dan acne, ia berlaku pada kawasan kulit yang terperangkap bersama bakteria serta mikroorganisme di belakang pelitup muka. 

Geseran antara kulit dengan pelitup muka menyebabkan luka-luka halus (micro tears) di kulit wajah serta menggalakkan pertumbuhan jerawat , radang kulit. Kulit juga menjadi gatal kerana lembapan udara dari pemakaian pelitup muka meningkatkan pertumbuhan kuman dan bakteria penyebab jerawat.

Jadi, pada anda yang ada masalah MASKNE ,jom tengok 3 tip mudah ini untuk hapuskan jerawat dari berulang

1. Persiapkan kulit wajah sebelum pakai pelitup muka. 

Sebelum anda keluar rumah, pastikan anda telah persiapkan wajah anda terlebih dahulu, atau ‘prep your skin’. Gunakan pencuci muka yang bersifat lembut, pelembab yang mempunyai kandungan ceramide, glycerin dan hyaluronic acid kerana bahan-bahan ini mampu mengekalkan kelembapan kulit. Penggunaan sunscreen amat perlu apabila anda keluar rumah, walaupun anda memakai pelitup muka.

2. Kurangkan penggunaan make up.

Bagi anda yang menggunakan make-up berat di sarankan untuk bersederhana saja kerana pelitup muka menjadikan kulit berpeluh dan menyebabkan kotoran menumpuk di liang pori. Pastikan semua sisa make up, peluh dan kotoran pada wajah dibersihkan sebelum mencuci muka.

3. Penjagaan susulan selepas guna pelitup muka.

Untuk pelitup muka jenis pakai buang, tukar setelah 3-4jam penggunaan. Kalau anda menggunakan pelitup muka jenis kain, pastikan cuci dan tukar pelitup muka setiap hari.

Waktu mandi, jadikan aktiviti  mencuci muka sebagai langkah terakhir. Cuci rambut dan sebagainya dahulu, akhir sekali barulah cuci muka. Gunakan toner, serum dan pelembab yang bersesuaian dengan kulit anda. 

Pakai masker wajah yang sejuk dan nyaman bila perlu. Sapu  krim probiotik atau pelembap berasaskan air untuk tingkatkan tahap hidrasi kulit dan lapisan perlindungan kulit. Cara ini kulit wajah anda akan lebih bertahan terhadap faktor persekitaran.Sekiranya breakout masih teruk dan berterusan, anda boleh dapatkan nasihat dari pakar dermatologi, atau untuk mendapatkan lebih banyak tip-tip merawat jerawat dari Dr Maryam Aziz.

Jangan lupa kongsikan tips ini supaya ramai yang mendapat manafaat!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top