Jerawat Teruk Mungkin Petanda Tidak Subur !

Medically Reviewed By Dr Maryam Aziz (MBBS)

Ramai sedia tahu bahawa salah satu punca jerawat adalah kerana ketidakseimbangan hormon. Tapi apa yang ramai tidak tahu adalah jerawat bukan hanya menunjukkan masalah hormon biasa-biasa tetapi mungkin menjadi petunjuk bahawa anda mengalami masalah ketidaksuburan!

Keadaan ini dipanggil PCOS atau Polycystic Ovarian Syndrome. PCOS adalah satu keadaan dimana hormon androgen berlebihan di dalam badan. Hormon androgen adalah hormon lelaki yang wujud pada paras rendah dalam tubuh wanita. Tetapi jika ia berlebihan, ia akan menyebabkan simptom seperti jerawat teruk, muka berminyak, haid tidak teratur dan sukar untuk hamil!

Terdapat beberapa masalah kesihatan lain yang dikaitkan dengan PCOS seperti :

-sindrom metabolik

-obesiti

-kencing manis

-masalah jantung

-Tekanan (Depression)

Untuk mendiagnosa PCOS, doktor akan membuat ujian paras hormon didalam darah dan membuat ultrasonografi ovari. Punca sebenar PCOS tidak diketahui. Walau bagaimanapun ia boleh dirawat menggunakan ubat ubatan berbentuk hormon seperti Pil Perancang.

Jika anda mengesyaki bahawa jerawat anda disebabkan oleh PCOS, boleh berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top