Hama Demodex – Makhluk berkaki lapan bersarang di muka buat jerawat menggila!

Pernah tak anda rasa gatal di bahagian hidung, kelopak mata atau kerap mengosok wajah sebab terasa macam ada sesuatu yang bergerak-gerak di muka? Atau anda mengalami kulit wajah ke merah-merahan, kasar dan sangat sensitif? Sebenarnya ada makhluk halus hidup dalam liang pori kita ni yang hanya boleh dilihat di bawah mikroskop. Makhluk halus ini juga boleh menyebabkan kulit kita berjerawat, ke merah-merahan dan mengalami radang kulit yang teruk!

Kutu pada wajah ini dipanggil ‘face mites’ atau nama saintifiknya ‘demodex folliculorum’. Demodex bersaiz micro dan hidup berhampiran dengan folikel rambut, di dalam liang pori kita dan ia memakan sebum (minyak semulajadi kulit) dan sel kulit mati. Sewaktu kita tidur, mereka akan merangkak keluar dari liang pori-pori, melakukan intimasi serta bertelur di wajah kita untuk membiak. Seram kan?

Setiap kulit wajah manusia ada makhluk demodex ni, tapi bergantung kepada sedikit atau banyak populasinya. Biasanya bilangan demodex ni lebih kurang 2 hingga 5 ekor untuk 1cm kulit. Bagi yang ada masalah jerawat tak terkawal populasi demodex mungkin lebih dari 10 ekor untuk 1cm kulit. Keadaan kulit wajah akan bertambah teruk bila demodex ni mati kerana dermodex yang mati akan pecah dan memuntahkan bakteria bacillus yang menyebabkan radang kulit seperti rosacea atau papulopustular!

Tanpa rawatan yang betul , kulit akan jadi lebih teruk seperti muka terlalu berminyak, pori-pori besar dan tersumbat, banyak kesan parut, kulit kasar (hyperplasia), kemerah-merahan serta jerawat demodex. Mencuci muka seperti biasa tidak boleh menghapuskan dermodex kerana mereka bersarang di dalam pori-pori pada wajah kita, bertelur dan berkembang biak di akar folikel bulu. Masalah demodex tidak terkawal ini selalu terjadi pada orang yang mempunyai immune system rendah dan ada beberapa cara untuk merawatnya.

Pertama, penggunaan produk yang berasaskan minyak tea tree dapat mengurangkan masalah demodex, dengan menggosok lembut seluruh wajah dan termasuk sekitar bulu mata juga. Cara kedua ialah dengan menggunakan krim atau pencuci muka yang ada benzyl benzoate, salicyclic acid,  atau produk yang memerlukan priskripsi doktor. Untuk mendapatkan kepastian, anda di nasihatkan untuk berjumpa pakar kulit samaada jerawat anda adalah disebabkan demodex atau tidak.

Selain itu , minum air kosong  yang mencukupi atau mengambil vitamin tambahan seperti vitamin D & E juga boleh mengurangkan masalah demodex pada wajah.

Lepas anda baca ni , mesti anda faham yang selama ini hidup anda tak pernah sepi atau bersendirian kan? Kerana makhluk halus bernama dermodex sentiasa ada bersama anda. Tapi semua ini boleh dicegah dan dirawat jika anda tahu caranya!

Untuk lebih banyak tips berguna berkenaan kulit jom join Dr.Maryam Aziz di sini

https://t.me/skincarebuddy

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top