Benzoyl‌ ‌Peroxide‌‌ ‌vs‌ ‌‌Salicylic‌ ‌Acid‌.‌ ‌Mana‌ ‌satu‌ ‌yang‌ ‌sesuai‌ ‌untuk‌ ‌jerawat‌ ‌dimuka‌ ‌saya?‌

Bagi yang bermasalah jerawat, pastinya anda dah tahu yang dua bahan ini ; Benzoyl Peroxide dan Salicylic Acid adalah bahan common yang boleh didapati dalam krim jerawat dan produk penjagaan kulit khusus untuk kulit berminyak dan berjerawat!

Fungsi keduanya adalah membuang sel kulit mati yang menyumbat liang pori dan menyebabkan jerawat .Tapi, ramai yang masih tak tahu apakah beza kedua bahan ini. Asal nampak ubat jerawat je, terus beli! Akhirnya, walaupun jerawat makin kecut, tapi kulit pulak jadi kering dan menggelupas! Ok, jom kita semak apa bezanya supaya anda tahu mana satu yang patut dibeli!

1. Jenis jerawat 

Jenis jerawat menentukan skincare atau ubat jerawat mana yang patut dipilih antara keduanya. Salicylic acid adalah bahan terbaik untuk jerawat jenis blackheads dan whiteheads.Manakala, menurut American Academy of Pediatrics, benzoyl peroxide adalah bahan paling berkesan untuk jerawat jenis merah bernanah (mild pustules).

2. Tahap masalah jerawat

Kedua-dua bahan ini memerlukan beberapa minggu untuk memberi kesan sepenuhnya. Tapi, benzoyl peroxide dapat mengecutkan jerawat dalam masa yang lebih singkat dan pilihan terbaik ketika kecemasan!

3. Gaya hidup dan aktiviti harian anda.

Untuk anda yang mempunyai gaya hidup aktif, peluh dapat memindahkan benzoyl peroxide ke pakaian anda dan mengotorkannya. Maka, salicylic acid, merupakan pilihan lebih tepat.

4. Keadaan kulit anda. 

Bagi yang berkulit sensitif, salicylic acid lebih sesuai dan lebih ringan untuk kulit anda. Kesan tahap kekeringan penggunaan benzoyl peroxide juga adalah lebih teruk berbanding salicylic acid.Walaupun keduanya dikategorikan sebagai “selamat”, tak semua yang selamat itu sesuai untuk anda, terutamanya yang menghidap penyakit buah pinggang, diabetes, atau penyakit hati.

Paling penting, jangan lupa untuk sapu pelembab sebelum memakai salah satu ubat jerawat ini ya! Pilihan penjagaan muka yang selamat dan tepat berdasarkan jenis kulit anda , sangat penting untuk dapatkan kulit yang lebih sihat. Nak lebih banyak tips dari Dr.Maryam Aziz? Klik di sini untuk lebih banyak tips menarik dari kami !

https://t.me/skincarebuddy

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top