7 cara cuci muka yang salah buat jerawat makin parah. Nombor 7 mesti anda selalu buat!

Pernah terfikir tak, sebenarnya masalah jerawat yang tak pernah selesai ni disebabkan oleh cara cuci muka yang salah? 

“Eh, bukan cuci macam biasa je ke? Asakan rasa bersih ok lah?”

Tidak ya cik, tuan, puan, kalau anda sayang kulit wajah pastikan anda tahu cara cuci muka yang betul. Tak dinafikan ada yang lebih suka bila cuci muka dengan air sahaja, tanpa sebarang produk.  Ketahuilah bahawa kotoran dan minyak di muka kita tak boleh hilang dengan hanya sekadar mencuci menggunakan air sahaja.

Sekiranya anda nak atasi masalah kulit berjerawat, cuma semak 7 cara ini. Mungkin kerana cara cuci muka yang salah, buat jerawat anda makin parah dan jerawat tak hilang-hilang.

1. Pencuci muka yang tidak bersesuaian dengan kulit muka

Ada yang tidak kisah, asalkan namanya sabun, terus bedal saja tenyeh di kulit muka. Asal ada kawan cakap “sabun ni bagus awak!” atau asal nampak iklan pencuci muka, terus sambar. Cara memilih pencuci muka yang betul adalah dengan meneliti kandungan produk dan ketahui jenis kulit anda sendiri. Baca label dan bahan kandungan dalam produk pencuci muka. 

Untuk kulit yang berminyak, disarankan guna produk yang mengandungi niacinamide dan benzoil peroksida.

Untuk kulit kering anda boleh gunakan pencuci muka yang ringan, lembut dan bebas sabun yang mengekalkan kelembapan kulit wajah. 

Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berminyak hanya di beberapa kawasan seperti T-zone, kulit anda adalah jenis kulit kombinasi, untuk kulit jenis kombinasi anda boleh pilih produk yang nilai PH rendah.

2. Kuantiti pencuci muka

Sewaktu mencuci muka ada yang guna sedikit sahaja pencuci , nak jimat katakan! Ha, jangan macamtu! Kulit tidak dapat dibersihkan dengan sempurna, kalau terlampau sedikit produk pencuci. Kotoran yang tertinggal akan berpesta di liang pori anda.

Ada yang menggunakan produk pencuci muka dengan terlampau banyak! Kesannya, kulit akan tegang, kering dan kesat selepas mencuci muka. Keadaan ini akan menyebabkan kulit akan merekah dan menghasilkan garis-garis halus! Jadi bersederhanalah sewaktu mengoleskan kuantiti produk pencuci muka anda supaya pori-pori anda dibersihkan dengan sempurna. 

3. Cuci muka terlalu lama atau terlalu kerap

Ramai yang bertanggapan , kulit yang lebih lama dan kerap dicuci , akan menjadikan kulit lebih bersih. Ini tidak benar! Apabila anda mencuci muka terlalu lama atau kerap, kelembapan semulajadi kulit akan berkurangan. Kulit menjadi kering dan kelenjar kulit menghasilkan lebih banyak minyak. Cukup untuk cuci muka 2-3 kali sehari sahaja bergantung kepada aktiviti harian anda. 

4. Tidak tanggalkan make-up sebelum mencuci muka.

Sebelum mencuci muka anda harus buang make-up dahulu. Memilih untuk terus cuci muka tanpa membuang make-up akan mengakibatkan sisa make-up tidak dapat ditanggalkan dengan sempurna. Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan make-up jenis kalis air (water-proof). Gunakan pencuci muka double cleansing sekiranya anda menggunakan heavy make-up !

5. Gosok muka terlalu kasar.

Buat anda yang suka cuci muka dengan kasar, hentikan perlakuan ini. Menggosok muka secara keras atau kasar  hanya akan menyebabkan kulit akan menjadi kering, merah-merah atau radang. Gosok atau urut muka perlahan-lahan untuk stimulate saluran darah di bawah permukaan kulit. Anda juga boleh gunakan peranti cuci muka (Facial Brush) yang lembut pada kulit.

6. Gunakan air biasa untuk mencuci muka

Jangan guna air hangat atau air yang  terlalu sejuk. Air hangat menyebabkan lapisan semulajadi kulit terhakis, pori-pori semakin besar dan menyebabkan kotoran mudah masuk dalam liang pori. Penggunaan air sejuk pula menyebabkan kulit bertambah kering dan penghasilan sebum minyak berlebihan.Seeloknya gunalah air bersih yang bersuhu bilik atau normal sahaja.

7. Mengeringkan wajah dengan tuala mandi.

Ramai yang suka mengambil jalan pintas dengan menggunakan tuala mandi pada muka! Tahukah anda bakteria pada badan akan berpindah pada kulit muka sekiranya anda menggunakan tuala yang sama? Gunakan tuala khas untuk keringkan muka bagi mengelakkan bakteria membiak dengan lebih banyak dan merosakkan kulit anda!

Lepas dah tahu 7 cara yang salah ini, pastikan anda lebih berhati-hati semasa mencuci muka. Jom dapatkan lebih banyak informasi, tip-tip penjagaan kulit muka dan cara mengatasi masalah jerawat di telegram Dr. Maryam  secara PERCUMA !

https://t.me/skincarebuddy

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top