7 Bahan Wajib ada dalam Produk Anti-Penuaan !

7 Bahan Wajib ada dalam Produk Anti-Penuaan !

Apakah 7 bahan yang wajib ada dan terbukti berkesan untuk anti-penuaan? Cakap pasal anti-penuaan, masalah utama yang selalu berkait adalah parut (hiperpigmentasi), jeragat,kulit kusam dan kedutan kan? Penting untuk anda tahu bahan skincare yang berkesan terhadap masalah kulit yang anda hadapi. Secara normal, penghasilan kolagen untuk kulit kita akan menurun bila berusia. Sebab tu ,makin berusia, kulit akan terasa makin kering dan tak cukup hidrasi! Jadi, jangan risau sebab kami akan share dengan anda 7 bahan wajib ada dalam produk anti-penuaan untuk masalah yang disebutkan di atas!

Apakah 7 bahan terbukti berkesan untuk produk anti-penuaan?

1.Hyaluronic Asid (HA)!

Untuk anda yang still masih blur macamana nak cari antiaging produk yang berkesan ,hyaluronic asid antara bahan “superstar” yang baik untuk anti-penuaan tau! Menurut kajian, HA bukan je mampu melembapkan kulit tanpa iritasi, tapi  ianya sejenis “skin hydrator” yang mengurangkan kedutan di wajah, mengisi semula  dan mengekalkan “air” pada kulit yang terhidrasi! Ia adalah bahan wajib ada , terutamanya untuk anda yang selalu je ada masalah kulit kering atau “tak cukup air”. 

Ramai yang tak tahu, sebenarnya HA dihasilkan secara semulajadi oleh badan kita ! Faktor usia dan persekitaran menyebabkan kandungan HA makin berkurang. Contoh paling mudah tengok saja kulit bayi yang gebu dan glowing

HA yang terhasil secara semulajadi merupakan bahan anti-penuaan yang baik untuk memastikan kulit sentiasa anjal
kulit bayi yang anjal dan gebu mengandungi tinggi kandungan HA

Satu extra tips yang harus diingat ialah penggunaan HA, memerlukan kepada bahan pencerah lain seperti Vitamic C untuk anda mendapat effect yang maksima untuk jeragat , hiperpigmentasi dan kulit yang kusam !”Hyaluronic asid  membantu “menarik air” di persekitaran anda dan mengekalkan kelembapan kulit hampir 1000 kali berat bahan itu sendiri di dalam air”jelas Ginger King, seorang chemist produk kecantikan.

Mary Jardin Peony Serum diperkaya dengan HA, Arbutin dan Vitamin C

2.Arbutin

Ha, arbutin antara bahan yang “powerful” dalam mengatasi parut, hiperpigmentasi dan dark spot tau! Pendek kata, sesuai sangat untuk yang ada masalah kulit kusam. Michael Lin, MD, pakar dermatologi bekata , “Arbutin adalah monekul yang diextract dari pokok bearberry yang menghalang pembentukan melanin”. Selain mencerahkan kawasan kulit yang kusam, arbutin membantu menghalang pembentukan melanin dari terjadi apabila kulit terkena sinaran UV . Secara mudahnya, melanin akan “activate” bila bila masa je apabila kulit terkena cahaya matahari tau! Sebab tulah jeragat dan melasma terjadi tanpa kita sedar pun kan? Sedar je dah ada tompok .

Arbutin adalah salah satu bahan mengatasi  hiperpigmentasi dan antipenuaan
Arbutin adalah bahan mengatasi hiperpigmentasi dan antipenuaan

Jadi, tugas arbutin ni adalah dengan “block” enzyme penyebabkan terjadinya jeragat, melasma, iaitu “tyrosinase”. Ianya juga berkesan dalam melawan hyperpigmnetasi.Produk skincare yang mengandungi arbutin termasuklah toner, serum , moisturizer, atau mask juga. 

3.Vitamin C

Vitamin C juga antara bahan semulajadi yang dapat mencerahkan kulit dengan selamat, terutamanya untuk parut, tona kulit tak sekata dan sebagai anti-aging ! “Vitamin C sangat effective apabila bekerjasama dengan arbutin dalam mencerahkan kulit!” ujur Ginger King . Selain itu, ia juga membantu mencerahkan kulit kusam dengan penggunaan yang consistent. Kajian juga membuktikan Vitamin C merupakan bahan anti-oksida yang effective dalam melawan hyperpigmentasi , tanda tanda penuaan, anti-inflammatori dan melindungi kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari

Viatmin C bahan yang berkesan untuk anti-penuaan dan pigmentasi
Vitamin C bahan yang berkesan untuk anti-penuaan

4.Centella Asiatica

Perasan tak sekarang ni banyak Korean skincare yang guna centella asiatica (pegaga)dalam produk mereka? Disebabkan banyak sangat khasiat pegaga ni untuk kulit , dekat Malaysia ni, pegaga dimakan sebagai ulam untuk awet muda dan untuk mengatasi masalah photoaging . Centella asiatica juga kaya dengan asid amino dan bahan aktif seperti madecassoside,di antara bahan antioxidant yang membantu dalam anti-penuaan kulit. 

roduk dengan centella asiatica kaya dengan anti-oksida yang bagus untuk anti-penuaan
Produk dengan centella asiatica kaya dengan anti-oksida yang bagus untuk anti-penuaan

Kajian keatas 27 orang yang menggunakan produk yang ada extract cetella ,menunjukkan result yang ketara dalam mengurangkan kedutan di wajah .Kajian lain membuktikan bahawa centella adalah bahan penghidratan yang baik untuk menenangkan kulit yang bermasalah, radang dan sensitif.

5. Retinol

Retinol  merupakan salah satu Vitamin A yang dipercayai mengatasi jeragat, mengurangkan kedutan dan sebagai bahan anti-penuaan terbaik dengan meningkatkan kollagen kulit. Retinol mengatasi hiperpigmentasi dengan merangsang pengeluaran saluran darah baru dalam kulit, seterusnya memperbaiki warna kulit anda! Bukan tu je tau, retinol juga dapat “meneutralkan” radikal bebas yang menyebabkan kerosakan pada kulit kita! Selain membantu dalam memperbaharui sel kulit baru, sifatnya yang mengeringkan kulit , memerlukan pemakaian yang betul.

Rosehip Oil yang terdapat dalam Face Oil Mary Jardin kaya dengan Viamin A untuk memudarkan jeragat dan pigmentasi

Penting untuk anda tahu yang terdapat banyak peratusan retinol yang berbeza di pasaran. “Kajian menyatakan, retinol memerlukan sekurang kurangnya 0.25% atau 0.025% tretinoin untuk effective pada kulit” jelas Dr. Heather D. Rogers . Kalau anda baru nak cuba retinol ni, dermatologist menyarankan untuk menggunakan retinol seminggu sekali sahaja sebagai permulaan tau! Untuk mengelakkan side effect yang tak diingini , pastikan anda ikut panduan penggunaan retinol yang betul  dalam skincare rutin anda! Jika anda takut untuk mencuba retionl , cari bahan natural yang kaya dengan vitamin A seperti Rosehip Oil yang baik untuk anti-penuaan, jeragat dan hiperpigmentasi

6.Niacinamide (B3)

Niacinamide adalah bahan antiaging yang effective dalam menjadikan kulit anda glowing secara selamat! Yang bestnya, kajian yang dijalankan keatas beberapa wanita membuktikan bahan ini mampu menjadikan kulit lebih lembap , anjal , mengurangkan pigmenetasi , kemerahan, dan menjadikan kulit mereka ketara lebih cantik . Selain itu, niacinamide pada peratusan 5% berkesan dalam mengecilkan pori , hydration booster ,menguatkan skin barrier , serta membaiki texture kulit “orange”.

7. Minyak calendula

Minyak essential calendula, adalah bahan yang kurang digunakan dalam skincare produk di Malaysia, tetapi bahan ini secara tradisionalnya sangat effective dan powerful dalam melawan radikal bebas sejak berabad lamanya. Kajian mendapati bahan ini mengandungi ciri-ciri SPF , selain meningkatkan hidrasi serta keanjalan kulit . Selain mengecutkan jerawat, calendula juga mengandungi kolagen sintesis yang membuatkan kulit kembali anjal dan tegang !  Disebabkan kesannya yang sangat powerful terhadap anti penuaan, maka kebanyak produk berasaskan natural akan menggunakan calendula oil sebagai bahan anti-aging!

Serum Honey & Calendula Mary Jardin diperkaya dengan bahan anti-aging terbaik untuk masalah kulit sensitif dan pigmentasi
Serum Honey & Calendula Mary Jardin diperkaya dengan bahan anti-aging terbaik untuk kulit sensitif dan kering

Dah tahu 7 bahan wajib ada untuk produk anit-penuaan ni, jangan lupa kongsikan dengan kawan anda yang lain! Perlu diingat yang kesemua 7 bahan ini, tak semestinya ada dalam satu produk kulit sahaja tau! Sebarang pertanyaan atau cadangan berkenaan skincare tips boleh komen di bawah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Click outside to hide the compare bar
Compare