5 Tips Penting Pemilihan Pencuci Muka untuk Kulit Berjerawat!

5 Tips Penting Pemilihan Pencuci Muka untuk Kulit Berjerawat!

Apakah tips penting pemilihan pencuci muka untuk mereka yang kulit berjerawat? Jangan tak tahu, norma baharu yang memerlukan kita untuk memakai mask menyebabkan ramai yang ada masalah jerawat sejak kebelakangan ni! Salah satu tips penting dalam penjagaan kulit adalah pastikan kulit kita berada dalam pH seimbang. Bila pH kulit seimbang, tu tandanya ,skin barrier ada dalam keadaan yang baik!

Skin barrier nilah yang melindungi kulit dari bakteria akan bendasing berbahaya masuk ke kulit. Selalu je kita dengar antara tips berkesan untuk kurangkan masalah jerawat adalah pencuci muka yang rendah pH . (pH 4.5-6). Tapi macam mana cara nak tahu pencuci muka rendah pH dan sesuai untuk jerawat ? Dia takda tulis pun! Ok, jangan risau ,jom kita semak! 

Apakah 5 Tips Penting Pencuci Muka untuk Kulit Berjerawat?

1.pH Pencuci Muka

Cuba anda check dan pastikan pH skincare antara 5@6,atau sebaiknya pH tidak terlampau tinggi (bawah pH 7). Sebabnya, pH pencuci muka yang terlampau tinggi boleh merosakkan acid mantle kulit ! Bila acid mantle terganggu dalam tempoh tertentu , skin barrier anda juga terganggu dan rosak.  Jadi, masalah kulit yang lain akan timbul! Contohnya, kulit akan rasa tegang dan kering,jerawat, iritasi atau masalah yang lebih serious eczema. Sensitivity kulit juga akan meningkat. Macamana , kalau cleanser tu tak tulis pun pH? Ok, sila rujuk point no.2 ya untuk tengok ianya baik atau tak untuk kulit .

Kulit yang sihat bermula dengan penjagaan kulit yang betul

2. Bahan Surfactant Pencuci muka

Surfactant adalah bahan yang menghasilkan buih dalam skincare. Ada 2 jenis surfactant iaitu harsh dan mild surfactant. Fungsi surfactant adalah mencuci muka dengan menarik kandungan air dan minyak ketika proses cucian muka. Jadi pastikan surfactant yang digunakan tidak mengganggu skin barrier dan keseimbangan minyak semulajadi yang ada pada kulit. Contoh harsh surfactant pada kulit ialah sodium lauryl sulfate (SLS), sodium cocoate dsb. Selalunya nama bahannya adalah sodium XXXates di belakang ok!.

Harsh surfactant boleh merosakkan skin barrier pada jangka panjang

Milder surfactant pulak adalah surfactant yang tak terlampau harsh, tetapi kalau boleh elakkan jika ada pilihan yang lebih baik. Contoh milder surfactant adalah sodium laureth sulfate (SLES), sodium cocoyl isethionate, alkyl sulfosuccinates, atau ingredients yang ada XXXsuccinate. Kajian membuktikan milder skincare mempunyai banyak jenis surfactant, berbanding satu jenis sahaja yang mempunyai molekul kecil yang boleh meresap jauh ke dalam kulit dan menyebabkan kulit kering dan iritasi.

3. Moisturizing ingredients 

Tengok kandungan skincare yang mempunyai bahan melembabkan kulit anda seperti ceramides , sunflower oil, fatty acid seperti stearic acid and bahan humectants seperti glycerin , aloe vera, hyaluronic acid atau sorbito.  Aloe Vera contohnya adalah bahan yang bagus untuk meredakan kemerahan ,radang kulit, dan juga melembapkan kulit tau! Bahan ni jugak sesuai untuk muka berjerawat , yang tengah meradang dan jenis sensitif.

pemilihan pencuci penting bagi mengawal minyak dan mengelakkan jerawat
Pemilihan pencuci sangat penting bagi mengawal minyak dan mengelakkan masalah kulit seperti jerawat

Glycerin bersifat humectant, yang membantu menarik air ke dalam kulit! Manakala ceramide membantu untuk “seal dan lock kelembapan kulit” dari terhidrasi! Kulit pun akan lembap je lepas cucian tau! Madu dan oat antara bahan natural yang ada ceramide dan kandungan antibacteria ! Madu contohnya mempunyai antimicrobial yang membantu mengecutkan jerawat .Bahan bahan seperti minyak tumbuhan juga membantu melembapkan kulit secara semulajadi, namun pastikan ianya bersifat non-comedogenics ya!

4. Elakkan bahan yang ada alkohol dan wangian sintetik

Kajian mendapati penggunaan skincare bahan yang mempunyai alhkohol dan wagian sintetik yang dilabel seperti perfume atau parfume di dalam senarai skincare dalam jangka masa panjang akan menyebabkan kerosakkan pada lapisan kulit anda dan menggangu skin barrier . Jadi, cara paling selamat anda boleh cari skincare yang ada wangian dari sumber semulajadi yang tidak menyebabkan iritasi contohnya seperti beberapa essential oil terpilih yang terdapat hanya minimal kandungannya dalam beberapa produk Mary Jardin!

Pastikan toner bebas dari wangian sintetik dan alkohol

Alkohol seperti ethanol, isopropanol, and propanol  dan denatural alkohol yang banyak terdapat dalam pencuci muka dan toner antara bahan penyebab iritasi yang menggangu skin barrier serta menyebabkan kulit susah untuk menyerap kandungan lembapan pada produk skincare dan mengekalkan kelembapan pada tahap yang sepatutnya. Tetapi, kajian menunjukkan bahan kategori fatty alcohols seperti stearyl, cetearyl dan cetyl adalah selamat untuk kulit!

5. Bahan Aktif

Untuk yang kulit berminyak, pastikan pencuci muka anda , ada kandungan bahan aktif dengan peratusan terkawal untuk masalah jerawat seperti benzoyl peroxide, retinol, salicylic acid, niacinamide , tea tree oil,oat , madu , clay dan sebagainya . Caranya adalah dengan melihat susunan bahan pada skincare. Selalunya 5 bahan utama produk skincare adalah antara bahan yang mempunyai tinggi peratusan. Contohnya bahan pertama ialah 70-90%, bahan kedua dan keempat adalah dalam 3-5 % dari kandungan bahan. Harus diingat, bahan active tak perlu mengandungi peratusan yang tinggi untuk berkesan. Kalau terlampau tinggi, bahan ini akan boleh menyebabkan kerosakan pada kulit !

Mary Jardin Gentle Cleanser diformulasi dengan bahan alami membantu mengawal minyak dalam kulit

Ianya begantung pada jenis bahan tersebut. Pencuci yang mempunyai french rose clay contohnya sangat baik dalam mengawal minyak dengan membuang kotoran dan mengekalkan kelembapan pada kulit.  Bagi anda yang mempunyai kulit jenis sensitif dan berjerawat bahan seperti madu asli dan minyak calendula membantu mengecutkan jerawat tanpa mengeringkan kulit .

Honey and Calendula Gentle Cleanser for dry/sensitive and acne prone skin

Pencuci muka dengan oat, bentonite clay dan madu asli juga sangat baik untuk mereka yang mempunyai kulit muka berminyak dan berjerawat .

Ha, dah tahu tips pemilihan pencuci muka untuk kulit berminyak? Pastikan bahan yang anda nak target untuk masalah kulit ada bahan yang membantu menyelesaikan masalah kulit anda ok! Dah tahu tips pemilihan skincare rendah pH ni, jangan lupa kongsi pada rakan yang lain ok!

Sebarang cadangan berkenaan tips skincare atau pertanyaan, jangan lupa komen anda !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Click outside to hide the compare bar
Compare