5 Tips Pemilihan Pelembap Untuk Kulit Berjerawat!

5 Tips Pemilihan Pelembap Untuk Kulit Berjerawat!

Nak tahu tips pemilihan pelembap untuk kulit berjerawat? Untuk anda yang mempunyai kulit berjerawat ,pemilihan pelembap yang sesuai sangat lah rumit kan? Silap haribulan, tersalah pilih pelembap kulit berjerawat akan bertambah teruk, berminyak dan jerawat makin menggila ! Untuk anda yang ada masalah jerawat, pemilihan pelembap agak mencabar. Ok, jom tengok tips yang kami kongsikan khas untuk anda!

Apakah 5 Tips Pemilihan Pelembap Untuk Kulit Berjerawat?

1.Kenali jenis pelembap

Ada 3 jenis pelembap iaitu gel, lotion atau cream dan ointment . Beza ketiga-tiga jenis ini adalah dari segi jenis kandungan minyak dan air di dalam pelembap tersebut. Cream mengandungi sama kuantiti minyak dan air. Ointment , mengandungi 80% minyak berbanding air (humectant).

Orang kulit berminyak disarankan menggunakan pelembap jenis cream , lotion atau gel yang lebih banyak kandungan air

Kuantiti minyak dan air dalam cream adalah sama banyak, jadi texture cream lebih cair dan mudah dioleskan pada muka. Pelembap jenis gel adalah kombinasi dari cellulose, air  dan alkohol. Jadi untuk anda yang ada masalah jerawat cari jenis pelembap mengikut jenis kulit anda. Macamana nak tahu? Refer pada point No.2.

2.Kenali jenis kulit

Mengetahui jenis kulit mentukan jenis pelembap yang sesuai untuk kulit anda. Disebabkan pelembap jenis gel mengandungi ratio air yang banyak berbanding minyak, anda yang berjerawat dan kulit berminyak sangat sesuai dengan pelembap jenis ni.

Jenis kulit menetukan pelembap yang sesuai untuk masalah jerawat anda

Tapi kalau anda risau kandungan alkohol akan memberi kesan pada kulit, pilih jenis lotion atau cream yang tak terlampau “heavy” pada kulit. Cuma satu point penting, pastikan jenis cream yang anda guna tu adalah non-comedogenic (yang tak menyumbat pori). 

Dr. Suozzi, pakar dermatologi tidak menyarankan pelembap ointment untuk kulit berminyak dan berjerawat, kerana ianya akan menambah kuantiti minyak dan menampakkan kulit anda makin berminyak dan melekit. Jadi, beliau menyarankan pilihan terbaik adalah pelembap jenis cream atau lotion .

Berbeza dengan kulit berminyak, kulit kering dan berjerawat memerlukan kedua element penting untuk kulit kekal lembap dan hidrasi. Jadi pilihan pelembap jenis cream, lotion dan ointment adalah sangat sesuai untuk anda!

Elakkan pelembap yang mengandungi alkohol untuk menjaga skin barrir anda dari rosak

“Untuk negara yang cuaca panas di siang hari, pilih pelembap yang texture lebih ringan . Time malam pula, pelembap yang lebih padat dengan bahan aktif dan lebih pekat texture nya disarankan” Andrea Cambio, MD, dermatologi Florida.

3. Bahan aktif di dalam moisturizer 

Bahan aktif sangat penting bagi menyelesaikan masalah jerawat anda.   Dr. Joshua Zeichner, New York dermatologi menyarankan pelembap yang mengandungi bahan aktif yang boleh merawat jerawat seperti salicylic acid, beta hydroxy acid. Selain itu, bahan bersifat anti-radang juga sangat penting seperti tea tree oil, benzoyl peroxide dan lavender essential oil bagi mengurangkan kemerahan akibat pembiakan bakteria jerawat .

Mary Jardin Face Oil diperkaya dengan jojoba oil yang membantu seimbangkan kandungan sebum kulit dan mengecutkan jerawat
Mary Jardin Face Oil diperkaya dengan jojoba dan tea tree oil yang membantu seimbangkan kandungan sebum kulit dan mengecutkan jerawat

Mary Jardin Face Oil contohnya merupakan pelembap jenis minyak yang diformulasi oleh doktor medikal. Ianya mengandungi 9 jenis minyak essential semulajadi (non-comedogenics) , 100% natural yang baik untuk semua jenis kulit. Selain terbukti berkesan mengurangkan masalah jerawat ianya juga membantu menyeimbangkan kandungan sebum dalam kulit serta memberi nurtrient yang diperlukan oleh kulit.

Antara ribuan pelanggan yang sangat berpuas hati dengan Mary Jardin Face Oil

Vitamin C juga antara bahan yang mengandungi anti-radang yang baik untuk memperbaharui sel kulit yang rosak akibat jerawat serta mengurangkan sebum (minyak dalam kulit). Selain Vitamin C,   “Vitamin b3 antara bahan yang ditemui secara saintifik baik untuk mengurangkan sebum berlebihan pada kulit  , pori terbuka , kedutan serta menguatkan skin barrier” jelas Dr Ewoma Ukeleghe. Vitamin A seperti rosehip oil dan retinol membantu memperbaiki kulit yang rosak disamping mengecutkan jerawat dengan baik!

4.Bahan yang memberi hidrasi pada kulit 

Bukan bahan aktif je penting tau, tapi juga bahan yang membantu mengelakkan kulit anda dari mengalami kekeringan dan membantu tingkatkan hidrasi kulit. Sebabnya, pelembap yang mempunyai kandungan bahan berbahaya dan bahan aktif terlampau tinggi boleh menyebabkan kulit anda terlampau kering. Hal ini akan menghasilkan banyak jerawat baru . 

Apabila kulit mengalami kekeringan, penghasilan sebum akan meningkat dengan banyak dan menyumbat liang pori seterusnya memburukkan lagi keadaan muka yang berjerawat” jelas Dr. Suozzi.

Mary Jardin Peony Day Cream diperkaya dengan bahan humectant dan pelembap dari tumbuhan semulajadi yang mampu melembapkan kulit dan memberi hidrasi tanpa menyumbat liang pori anda! Selain mengandungi glycerin, Japenese Seaweed yang sangat baik untuk hidrasi kulit, ianya juga mengandungi centella asiatica sebagai hydration booster yang selamat pada kulit anda! 

Mary Jardin Peony Day Cream diperkaya dengan bahan humectant  memberi hidrasi tanpa menyumbat liang pori anda!
Mary Jardin Peony Day Cream diperkaya dengan bahan humectant memberi hidrasi tanpa menyumbat liang pori anda!

Bahan bersifat humectant (membantu meningkatkan kandungan air di dalam kulit) , seperti glycerin, centella asiatica hyaluronic acid, madu atau aloe vera adalah sangat baik untuk menarik air di lapisan dermis kulit kepada epidermis kulit. Bahan ini antara bahan yang terbaik ,tidak menyumbatkan pori dan mengekalkan kelembapan kulit anda!

5.Elakkan bahan bersifat iritasi

Elakkan memilih pelembap yang mengandungi bahan yang menyebabkan iritasi yang boleh mengganggu skin barrier anda. Bahan seperti wangian sintetik, alkohol, urea , paraben dan bahan merbahaya pada kulit haruslah dielakkan . Bahan ini boleh menerukkan keadaan kulit berjerawat anda. 

Satu tips extra sekiranya pelembap anda tidak mempunyai bahan aktif seperti salicylic acid, beta hydroxy acid dan sebagainya anda boleh menggunakan acne spot treatment. Tipsnya adalah pakai spot treatment selepas memakai pelembap , agar kulit anda tak kering akibat dari pemakaian ubat jerawat.

Pastikan juga kandungan bahan aktif ini berada pada dos yang rendah dahulu sebelum anda tukar kepada dos yang lebih tinggi mengikut saranan doktor.  

Sebarang komen atau cadangan berkenaan skincare tips boleh tinggalkan komen di bawah! Semoga bermanfaat! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Click outside to hide the compare bar
Compare