5 Sebab Utama Kenapa Jeragat Anda Susah Nak Hilang !

5 Sebab Utama Kenapa Jeragat Anda Susah Nak Hilang !

Pernah tak anda terfikir kenapa jeragat di muka anda susah sangat nak hilang? Dah cuba bermacam jenis produk untuk jeragat tapi masalah ni still tak selesai? Jeragat bukan sahaja menyebabkan tona kulit tak sekata,malah menjadikan muka nampak kusam dan tak bermaya. Ditambah pulak dengan jeragat yang baru muncul! Oh, stressnya! Ok, jom tengok puncanya !

Apakah 5 sebab utama jeragat susah sangat nak hilang?

1.Tidak memakai sunscreen atau pelindung suria !

Percaya atau tidak, sebenarnya ramai wanita Asia yang mempunyai masalah jeragat ,tidak suka memakai sunscreen! Pemakaian sunscreen bukan sahaja wajib ketika anda berada di luar rumah atau terdedah kepada cahaya mahatari. Tetapi, sunscreen juga wajib dipakai ketika anda berada di dalam rumah! Nak tahu kenapa? Sebabnya, cahaya matahari dari luar juga menembusi pintu atau tingkap rumah kita!

Selain UVA dan UVB yang dari cahaya matahari , terdapat juga cahaya lain yang dipanggil cahaya biru(bluelight). Bagi anda yang tak tahu apa itu bluelight, ia adalah sejenis cahaya yang terhasil dan “reflect” dari permukaan seperti laptop, handphone, televisyen, computer dan lain lain. 

Bluelight berpotensi menyebabkan jeragat jika anda terdedah pada tempoh yang lama
Pemakaian sunscreen sangat penting ketika kulit anda terdedah kepada bluelight

Cahaya mahatari adalah sumber utama penghasilan bluelight ! Kajian menunjukkan bahawa pendedahan dalam tempoh lebih kurang 1 jam secara konsistent terhadap bluelight ini akan meningkatkan potensi kepada risiko kanser kulit dan premature aging. “Selain itu, ianya merupakan penyumbang kepada tompok yang tidak sekata pada kulit ,pembunuhan sel kolagen , kedutan, dan masalah pigmentasi seperti melasma”kata Shari Marchbein, New York dermatologi. 

Dr Muneeb Shah berkata , “ kebanyakan dari pesakit yang datang ke klinik dengan masalah hyperpigmentasi atau jeragat mengakui bahawa mereka sering culas dan tidak memakai sunscreen. Ini menyebabkan masalah jeragat yang dah pulih kembali terjadi!.”

2. Tidak merawat punca kepada masalah jeragat !

Penting untuk kita mengetahui punca kepada masalah jeragat untuk mengelakkaan masalah ini berulang! Jeragat biasanya terjadi disebabkan dua faktor; sinaran matahari atau genetik. Kebanyakan dari kita sering keliru antara jeragat dan hyperpigmentasi. Dr Muneeb Shah juga menjelaskan bahawa “kebanyakan masalah hyperpigmentasi berpunca dari masalah inflamatori kulit. Dan inflamatori atau radang ini terjadi disebabkan oleh jerawat yang pada asalnya meradang, mengecut dan bertukar menjadi parut”.

Ok, point dekat sini, sebenarnya penting untuk anda tidak tergopoh gapah menyelesaikan semua masalah kulit sekaligus. Contohnya, bila muka ada masalah jeragat dan jerawat, anda terus membuat keputusan untuk mencari product yang mempunyai solution kepada semua masalah muka anda! 

Setiap bahan diformuasi mengikut masalah kulit tertentu

Sebenarnya, kesemua masalah anda memerlukan rawatan yang berbeza. Apa yang sepatutnya anda buat adalah selesaikan dulu masalah jerawat . Bila jerawat active dah tak ada lagi, barulah focus kepada masalah jeragat , parut dan sebagainya. Jadi, penting untuk anda kenal pasti puncanya untuk mencari bahan atau rawatan skincare yang betul! 

3. Tidak menggunakan bahan yang menghalang pembentukan jeragat

Tirosinase adalah enzyme yang menyebabkan pigmentasi. Jadi, cara yang paling mudah untuk anda tak membazir wang adalah dengan mencari bahan skincare yang dapat menghalang aktiviti tirosinase . Contohnya seperti retinoid (Vitamin A), Arbutin, Vitamin C , Peony extract , Madu , Aloe Vera, Rosehip Oil, Green Tea, Asid Azlaic dan sebagainya. Paling penting, adalah jangan lupa pula pemakaian sunscreen , bagi menghalang pembentukan jeragat baru ok! 

Minyak Rosehip membantu dalam masalah jeragat dan melasma
Minyak Rosehip kaya dengan Vitamin A yang membantu dalam mengurangkan jeragat dan melasma

Pastikan anda tahu cara pemakaian retiond dan acid yang betul sebelum pakai pada kulit ya! Kalau anda peminat bahan natural ,bolehlah cuba gunakan rosehip essential oil atau apa apa produk yang mengandungi bahan ini sebagai alternative bagi masalah jeragat dan melasma anda!

Serum Anti-Penuaan Peony Mary Jardin diperkaya dengan extract Peony dan Vitamin C membantu memudarkan jergat dengan berkesan

4. Menggunakan produk yang ada hydroquinone secara tidak terkawal

Hydroquinone adalah salah satu ubat terkawal yang hanya boleh digunakan atas preskripsi doktor dengan jumlah peratusan yang terkawal bila perlu. Pastikan anda berjumpa dengan pakar untuk rawatan selanjutnya jika anda mempunyai masalah hyperpigmentasi yang teruk bagi mengelakkan ianya bertukar parah ok! Menurut Dr Muneeb , “Penggunaan hydroquinone yang tidak terkawal seperti yang terdapat di dalam sesetengah produk skincare akan menyebabkan kulit anda bertukar biru kehitaman dan merosakkan struktur kulit dengan lebih teruk!”

kesan penggunakan hydroquinone yang terdapat dalam produk skincare

Elakkan membeli produk yang mengandungi hydroquinone, kerana ia boleh merosakkan kulit anda. Sebaliknya, dapatkan nasihat doktor berkenaan masalah jeragat jika ianya terlampau teruk dan tidak terkawal.

5. Tidak exfoliate kulit 

Exfolation adalah langkah yang penting untuk membuang sel kulit mati dipermukaan wajah. Jadi, kalau nak kulit yang sihat dan glowing, jangan lupa exfoliate ok! Exfoliation hanya seminggu sekali je, untuk pastikan kulit sentiasa bersih, sihat dan tidak munculnya jerawat baru yang menyebabkan parut yang susah untuk hilang! Untuk langkah yang ke -5 ni, anda boleh cuba natural Detox Clay Mask kami, yang diformulasi khas oleh doktor medical dengan bahan alami. 

Detox Clay Mask Mary Jardin diperkaya dengan bahan natural dan berkualiti

Clay mask ini sangat berkesan tau dalam membuang sel kulit mati, mengecutkan jerawat dan membuang blackheads! Kandungan madu asli dan Vitamic C juga membantu mencerahkan masalah kulit kusam dan memudarkan jeragat !

Ha, dah tahu 5 tips penting ni, jangan lupa share kepada mereka yang ada masalah yang sama ok! Semoga bermanafaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Click outside to hide the compare bar
Compare