5 Sebab Utama Jerawat Selalu Muncul di Dagu!

Pernah tak ana terfikir sebab apa jerawat selalu muncul di dagu?

Eh asal muka kau banyak sangat ni jerawat dekat dagu! Dulu takada la macamni sangat pun, makin teruk je aku tengok.”

Kalau sebelum ni jerawat bahagian dagu bukan kebimbangan utama, tapi sekarang ianya semacam satu fenomena yang tak pernah surut di muka! Mesti anda terfikir kenapalah jerawat selalu je ada di bahagian dagu je, bukan semua tempat? Makin fikir, makin stress jadinya!

Sebenarnya, jerawat di dagu bukanlah benda baru. Sebab utama jerawat muncul tu, lebih kurang sama je dengan bahagian lain di muka. jerawat terjadi disebabkan oleh liang pori yang tersumbat oleh kulit mati, bakteria dan sebum (minyak) yang berlebihan .

Cuma ada beberapa sebab tambahan berdasarkan kajian, yang sebelum ni anda mungkin tak tau. Jom tengok apa sebabnya !

pelitup muka yang tidak diganti antara sebab terjadinya jerawat di dagu
Pelitup muka yang tidak diganti antara punca pembiakan bakteria di kulit wajah

Apakah 5 Sebab Utama Jerawat Selalu Muncul di Dagu?

1.Ketidaksimbangan hormon

Orang perempuan sering dikaitkan dengan makluk yang penuh beremosi!  Antara punca utama yang menjadikan perempuan cepat beremosi adalah ketidakseimbangan hormon dalam badan. Hormon yang kurang seimbang juga adalah pencetus kepada masalah jerawat bagi kaum perempuan , terutamanya di kawasan T-zone dan dagu. Monopos, datang bulan, peningkatan hormon androgen dan PCOS adalah punca kepada hormone yang kurang stabil ini.

OK, point ni sangat penting! Kalau pola period anda jenis yang tak teratur, jangan bertangguh ! Segeralah berjumpa dengan doktor untuk kenalpasti adakah jerawat yang muncul ada perkaitannya dengan masalah yang lebih serius atau sebaliknya .

2. Stress

Perasan tak ada kalanya kalau kita stress,kulit pun nampak macam tidak bermaya dan paling menjengkelkan masa ni jugaklah jerawat tu nak muncul ! Jadi , bila berhadapan dengan stress , cubalah bertenang jap.Cuba ambil masa beberapa saat , tarik nafas dalam-dalam atau lakukan senaman ringan! Ha, rehat yang cukup juga penting tau, kalau anda tak nak masalah jerawat makin mengganas di muka!

Kajian menunjukkan stress juga punca utama jerawat di dagu!

3.Pemakaian pelitup muka

Pernah tak sesiapa yang sebelum ni ok je muka? Tapi, sejak kena pakai mask ni , masalah jerawat makin menjadi jadi! Norma baharu yang memerlukan kepada pemakaian mask  juga adalah punca utama kepada masalah jerawat di dagu tau.

Symptom ini jugak dikenali sebagai maskne. Jangan terkejut kalau jerawat di dagu yang tak dirawat tu , makin meriah dan menyebabkan radang yang lebih teruk!

Pemakaian mask menyebabkan jerawat terjadi. Ini disebabkan kulit bergesel dengan fabrik mask, ditambah dengan lembapan udara dari pemakaian pelitup muka, meningkatkan lagi pembiakan bakteria penyebab jerawat” ujur Dr. Dendy Engleman. Sentiasa tukar mask selang beberapa jam , untuk elak jerawat anda makin parah ok!

Daily Mask Wearing Is Hard on Skin: What To Do for 'Maskne' and Facial  Bruises – Consult QD
Pemakaian mask dalam tempoh yang lama, menyebabkan jerawat di dagu makin meradang

4. Perbuatan mencukur

Yang ke-4 ni ditujukan pada lelaki! Tau tak , mencukur sebenarnya boleh menyebabkan gatal pada kulit di bahagian dagu dan punca kepada munculnya jerawat? Kalau anda malas untuk tukar pisau cukur , perbuatan ni boleh mendorong pembiakan bakteria dan menjadi punca kepada kulit jerawat makin meradang tau. Jadi, cubalah tukar sekerap yang boleh, seeloknya 5-6 bulan sekali pun okay!

Shaving Tips for Men with Sensitive Skin
Mencukur juga antara punca utam jerawat muncul di dagu !

5. Bersukan

Tidak dinafikan bersukan baik untuk melancarkan perjalanan darah . Tetapi harus diingat yang sesetangah peralatan sukan juga boleh menjadi punca kepada jerawat di dagu. Sukan seperti basikal contohnya menjadi punca kepada jerawat di bahagian dagu, apabila helmet yang digunakan dipenuhi dengan peluh anda. Seterusnya , menjadi punca pembiakan bakteria.

Jangan lupa tau check tuala muka anda! Basuh dan ganti selepas anda menggunakannya untuk lap peluh di muka tu! Pastikan peralatan sukan juga sentiasa bersih dan dicuci everytime bersukan untuk mengelakkan pembiakan bakteria dan kuman ya !

Why Do You Sweat More as You Gain Fitness? | TrainingPeaks
Pastikan peralatan sukan berada dalam keadaan kering dan bersih untuk mengelakkan pembiakan bakteria punca jerawat!

Ha, sekarang dah tahu apakah punca utama munculnya jerawat di dagu kan? Jadi, JANGAN BIARKAN jerawat bertambah teruk, tanpa dirawat ! Sentiasa menjaga kebersihan tangan dan apa-apa objek yang digunakan pada bahagian muka , untuk mengelakkan pembentukan jerawat baru di muka anda!

Elakkan memekup muka dengan bantal ketika tidur ya! Bersihkan juga permukaan telefon bimbit anda setiap hari bagi mengelakkan bakteria melekat di muka anda, kerana itu juga mungkin salah satu puncanya!

Exfoliate muka adalah salah satu langkah untuk membuang kulit mati dengan selamat !

Mary Jardin Detox Clay Mask membantu kecutkan masalah jerawat dengan selamat

Jangan lupa untuk cuba natural dan organic Detox Clay Mask Mary Jardin untuk menanggalkan kulit mati dengan selamat ! Selain itu bahan yang diformulasi khas oleh doktor medical kami juga dapat elakkan blackheads and whiteheads yang menjadi punca kepada jerawat yang serious! Extract madu asli, bentonite clay, enzime betik serita Vitamin C juga membantu merawat radang kulit anda!

Yang pasti tiada kesan sampingan, dan anda boleh tersenyum gembira bersama orang tersayang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top