Kulit Saya Kering, Tapi Berjerawat? Jom Tengok 5 Sebabnya!

Kulit Saya Kering, Tapi Berjerawat? Jom Tengok 5 Sebabnya!

Eh, orang kulit kering pun berjerawat? Jangan terkejut kalau jawapannya YA!  Jerawat bukan je masalah yang timbul untuk orang kulit berminyak atau kombinasi je, orang kulit kering pun boleh ada tau! Oh, macamana boleh jadi macamtu? Ok, jom tengok sebabnya! 

5 sebab utama jerawat muncul pada kulit kering

1.Kurang Kelembapan

Kulit kering adalah kulit yang kurang kelembapan, kering dan cenderung untuk bersisik. Masalah jerawat pada kulit kering terjadi apabila kelenjar sebum menghasilkan minyak semulajadi yang berlebihan untuk melembapkan kulit yang kering tadi. Tetapi, malangnya penghasilan minyak (sebum) berlebihan ni akhirnya menyumbat folikel rambut. Ditambah dengan kulit mati dan bakteria yang ada di permukaan kulit , maka terjadilah jerawat.

Bahan seperti argan oil, tea tree oil ,  sea buckthorn oil dan rosehip oil baik untuk anda yang berkulit kering atau yang ada jerawat juga. Kajian menyatakan bahan natural ini membantu mengecutkan jerawat disamping melembapkan kulit secara semulajadi dan selamat untuk kulit! Minyak essential semulajadi yang disebutkan ni bersifat non-comedogenics (tidak menyumbatkan pori anda!) dan membantu seimbangkan kandungan minyak dalam kulit . Hasilnya, kulit lembap , jerawat pun kecut!

Face Oil Mary Jardin diperkaya dengan 8 jenis essential oil berfungsi untuk mengecutkan jerawat

Produk penjagaan kulit terutamanya pelembab amat penting untuk anda yang mempunyai kulit kering. Paling penting, jangan kerap menyentuh muka untuk mengelakkan pembiakan bakteria pada permukaan kulit! Face Oil juga boleh dijadikan pelembap untuk memastikan skin barrier anda terjaga.

2. Tak Cukup Hydration

Selain kelembapan, tak cukup hidrasi juga merupakan sebab utama kulit kering.Bahan yang bersifat “hydrating” juga sangat penting untuk anda yang ada kulit kering ok.Bahan yang bersifat “hydrating” membantu menarik “air” dari persekitaran anda supaya kulit kelihatan lebih segar dan glowing!

Berbeza dengan orang kulit berminyak, orang yang berkulit kering memerlukan bahan bersifat humectants seperti aloevera, sunflower oil, hyaluronic acid atau sorbito. Kajian membuktikan bahawa hyaluronic acid dapat merawat dan memberi kelembapa pada kulit yang kering. Selain menjadikan kulit kurang kedutan dan lebih segar! 

kulit kering dan berjerawat kekeurangan bahan bersifat "hydrating"
Bahan yang bersifat “hydrating” menjadikan kulit kelihatan lembap sepanjang hari

3.Pemilihan Pencuci Muka

Selain itu, pemilihan skincare yang salah juga merupakan punca utama kulit kering berjerawat. Oleh itu , pentingnya pemilihan skincare yang betul supaya minyak yang dihasilkan oleh kulit adalah seimbang. Mereka yang mempunyai kulit kering dan berjerawat agak sukar untuk diatasi berbanding mereka yang mempunyai kulit berminyak. Ini kerana kebanyakan pencuci dan produk jerawat yang ada di pasaran kebanyakannya diformulasi untuk kulit jenis berminyak.

Honey Calendula Cleanser diperkaya dengan organic honey dan bahan yang melebapkan kulit kering

Harus diketahui pemilihan pencuci muka untuk anda yang mempunyai kulit kering dan berjerawat adalah berbeza berbanding mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat.  Malangnya , jika tersalah pilih jenis produk pencuci, ianya boleh menyebabkan kulit anda bertambah kering ,radang dan kemerahan ! Aduhai, sudahlah berhabis duit, kondisi kulit pula makin teruk! Jadi berhati-hatilah memilih pencuci muka . Kalau nak tahu lanjut ,boleh ikuti panduan memilih pencuci muka untuk yang berkulit kering.

4. Pengambilan makanan yang tinggi garam

Sebenarnya , diet memainkan peranan dalam mempengaruhi penghasilan sebum pada kulit tau! Penghasilan sebum , akan berkurangan apabila kita menganjak usia 20-an dan makin kita berusia , ianya makin berkurang. Kajian membuktikan diet yang tinggi garam boleh menyebabkan masalah kulit kering, gemuk air dan “seperti bengkak” dan munculnya jerawat. Jadi, elakkan makan makanan yang ada tinggi garam contohnya makanan segera dan makanan dalam tin ok!

Makanan tinggi garam antara penyebab kulit kering dan jerawat

5.Kekurangan Vitamin tertentu

Orang berkulit kering juga sebenarnya tak cukup vitamin tertentu yang menjadi punca munculnya jerawat. Vitamin E antara yang baik untuk kulit kering, kerana ianya bersifat humectant pada kulit! “Vitamin E boleh diambil sebagai supplement untuk anda yang berkulit kering. Oral supplement Vitamin E memberi khasiat anti-oxida yang membantu kulit dari kerosakan , selain meredakan radang , gatal dan kemerahan pada kulit keing. Anda juga boleh sapu sebagai face oil untuk mengelakkan kulit kehilangan air dan kekal lembap!” jelas Elissa Goodman, pakar nutrisi.

Ikan salmon mengandungi tinggi Omega 3 yang baik untuk kulit
Ikan salmon mengandungi tinggi Omega 3 yang baik untuk kulit

Selain Vitamin E, fish oil , zinc , Vitamin D dan primrose oil juga baik untuk atasi kulit kering ! Kalau anda jenis yang tak suka ambil supplement, carilah makanan yang tinggi kandungan vitamin untuk kulit kering ok?

Ha, dah tahu penyebab kenapa kulit anda yang kering pun boleh ada jerawat kan? Jangan lupa, kongsi pada rakan yang lain yang ada msalah sama! Sebarang cadangan berkenaan tips kulit atau masalah kulit , boleh komen di bawah ya! 

Semoga bermanafaat !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Click outside to hide the compare bar
Compare