5 Panduan Pemilihan Pencuci Muka untuk Kulit Kering!

5 Panduan Pemilihan Pencuci Muka untuk Kulit Kering!

Nak tahu 5 panduan pemilihan pencuci muka untuk mereka yang mempunyai kulit kering? Orang kulit kering memiliki sebum yang kurang aktif, berbeza dengan kulit berminyak yang mempunyai sebum yang aktif.Ada banyak faktor yang boleh mempengaruhi  aktiviti sebum seseorang. Contohnya diet pemakanan, genetik,penggunaan skincare dan faktor usia. Ok ,untuk anda yang masih mencari skincare yang sesuai untuk kulit kering tu . Jom tengok senarai di bawah!

5 panduan pemilihan pencuci muka untuk anda yang berkulit kering!

1.Rendah kandungan pH

Seperti orang kulit berminyak, setiap jenis kulit  wajib untuk pastikan cleanser yang dibeli tu adalah kategori  pH  rendah ya! Berbeza dengan kulit berminyak, pH kulit kering biasanya adalah bersifat alkali. Tetapi, basic nya sama je untuk pemilihan  pH, iaitu antara 5-6. Ingat, jangan lebih pada pH 7 ok! Sebabnya, pH kulit normal adalah sekitar 4.7 . Jadi, pencuci yang terlampau tinggi pH,  akan mengganggu lapisan kulit(skin barrier), dan kulit anda akan makin kering dan berpotensi mengalami kemerahan dan iritasi ! Kalau anda masih tak dapat nak detact, pencuci tu adalah low pH, tengok pulak pada bahan surfactant nya!

Pemilihan pencuci muka yang betul dapat mengatasi masalah kulit kering

2.Bahan surfactant dalam cleanser

Surfactant adalah bahan yang berfungsi untuk menanggalkan kotoran dengan menarik kandungan air dan minyak ketika proses cucian muka. Ada banyak formulasi dan jenis surfactant , tapi apa yang penting elakkan surfactant yang berbahaya pada kulit. Bila sebut bahaya, maksudnya yang boleh menggangu pH dan skin barrier anda ok! Orang kulit kering, kandungan minyak atau sebumnya kurang. Fungsi sebum adalah untuk memastikan kulit anda kekal lembap dengan jumlah yang “terkawal”. Jadi, apa yang kita perlu elak adalah bahan yang “menarik” kandungan minyak semulajadi dengan banyak pada kulit.

bahan dalam pencuci muka sangat penting untuk elakkan kulit kering
bahan surfantant dalam pencuci muka sangat penting untuk mengekalkan kelembapan semulajadi kulit

Sebaiknya, cari pencuci muka yang tidak berbuih atau sikit je buih ok!  Senang cerita , elakkan bahan seperti sodium lauryl sulfate (SLS), atau apa-apa bahan yang Sodium XXXates di belakangnya. Cari sekurang kurangnya milder surfactant, seperti alkyl sulfosuccinates, atau ingredients yang ada XXXsuccinate di belakang nya . Kajian juga membuktikan milder cleanser mempunyai banyak jenis surfactant, berbanding satu jenis saja , untuk mengelakkan kulit kering dan iritasi. Selain itu juga, kalau anda rasa kulit seperti terlampau tegang dan tidak selesa selepas cucian ,itu bermakna cleanser atau kulit anda kurang sesuai dengan produk tersebut.

3. Moisturizing ingredients

Kulit kita memerlukan dua element utama iaitu air dan minyak, untuk kekal lembab dan glowing. Orang yang kulit kering memerlukan bahan bersifat “moisturizing”, untuk mengekalkan kelembapan kulit yang hilang ! Tengok kandungan skincare yang mempunyai bahan melembabkan kulit seperti ceramides , sunflower oil, madu, fatty acid seperti stearic acid dan glycerin.

moisurizing ingredients antara bahan yang baik untuk kulit kering
Glycerin antara bahan yang membantu menjaga kelembapan kulit anda

4.Hydrating ingredients

Selain moisturizing, hydrating ingredients juga sangat penting untuk anda yang ada kulit kering ok. Hydrating ingredients adalah bahan yang membantu menarik “air” supaya kulit kelihatan lembap. Berbeza dengan orang kulit berminyak yang perlu kepada bahan active seperti bezoyl peroxide, salicylic acid, orang yang berkulit kering selalunya memerlukan bahan bersifat humectants seperti hyaluronic acid atau sorbito. Kajian membuktikan bahawa hyaluronic acid dapat merawat dan memberi kelembapa pada kulit yang kering. 

Hyaluronic acid antara bahan yang baik untuk mengekalkan hidrasi kulit kering
Hyaluronic acid antara bahan yang baik untuk mengekalkan hidrasi kulit kering

5.Pewangi sintetik dan alkohol

Tips yang terakhir sangat penting ! Sentiasa semak bahan pencuci muka dan elakkan membeli skincare yang mengandungi pewangi sintetk (parfume, perfume) , dan segala jenis alcohol yang meningkatkan lebih banyak kegatalan, iritasi dan radang pada kulit anda yang dah sedia kering tu. Selain itu, bahan yang besifat astringent seperti witch hazel juga perlu dielakkan kalau anda tak nak kulit anda makin kering!

Kalau anda masih confuse dengan lambakan skincare di pasaran untuk kulit kering, anda boleh juga cuba Calendula & Honey Cleanser ,yang diperkaya dengan bahan utamanya organic honey, minyak calendula, glycerin dan beberapa bahan utama yang terbaik untuk masalah kulit sensitif dan kering! Cleanser ini diformulasi berdasarkan kajian oleh doktor medical kami, khas untuk anda yang suka kepada bahan natural, selamat dan halal! 

Dah tahu tips pemilihan skincare rendah pH ni, jangan lupa share dengan kawan anda yang mempunyai masalah yang sama ok! Semoga bermanafaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Click outside to hide the compare bar
Compare