5 Kesalahan Berkaitan Sunscreen yang Sering Dilakukan Tanpa Sedar!

5 Kesilapan Sunscreen yang Sering Dilakukan Tanpa Sedar!

Nak tahu apa 5 kesilapan yang sering anda buat tanpa sedar bila pakai sunscreen ? Sunscreen atau pelindung suria adalah produk penjagaan muka yang wajib digunakan oleh semua orang tak kira apapun jenis kulit kita! Tapi malangnya , tak ramai terutamanya wanita Asia yang suka memakai pelindung suria. Selain tu jugak, ada yang memakai sunscreen ,tetapi anda sebenarnya melakukan beberapa kesalahan tanpa sedar !

Kebanyakan dermatologi, juga mengakui yang sunscreen adalah produk penjagaan asas muka yang wajib dipakai setiap hari. Tujuannya ialah untuk mengelakkan kulit muka rosak dan terbakar akibat dari cahaya matahari.

Apabila seseorang bertanya pada saya, apakah produk penjagaan kulit yang paling penting untuk anti-penuaan. Jawapan saya tanpa ragu ialah pelindung suria!” Dr. Melissa Kanchanapoomi Levin, MD

Jadi, jom kita tengok apa kesalahan yang ramai diantara kita selalu buat tanpa sedar melibatkan sunscreen ini!

5 Kesilapan Utama yang sering anda lakukan berkaitan sunscreen!

1.Tidak cukup nilai SPF 30 dan perlindungan yang total.

“Saya pakai je pelindung suria selama ni, tapi kenapa kulit macam makin gelap je ” ..Ha, pernah tak ada diantara kawan atau saudara terdekat anda mengadu macamni? Kalau YA, bermakna pelindung suria yang dipakai berkemungkinan tidak mempunyai nilai SPF yang cukup untuk melindungi kulit dari sinaran terik UVA dan UVB! Bagi cuaca di Malaysia, nilai SPF yang disarankan adalah sekurang kurangnya SPF 30 untuk melindungi kulit dari sinaran matahari!

Menurut persatuan Amercian Academi Dermatologi , sekurang kurangnya pelindung suria bagi aktiviti luar rumah adalah dengan nilai SPF 30 . Selain itu, pastikan pelindung suria anda dilabel dengan perlindungan yang total (iaitu dari sinaran UVA dan UVB) ok.

Antara kesilapan sunscreen  ialah tidak memilih nilai SPF 30 yang cukup
Antara kesilapan sunscreen ialah tidak memilih nilai SPF 30 yang cukup

2.Tidak reapply pemakaian pelindung suria

Kebanyakan sunscreen hendaklah reapply setelah 2 jam pemakaian, untuk memastikan kulit yang terdedah dengan cahaya dilindungi sepenuhnya. Kebanyakan dari kita hanya memakai sekali sahaja untuk sepanjang hari dan tak reapply. Jangan malas kalau anda tak mau kulit anda dihuni jeragat dan rentung terbakar disebabkan matahari ok!

Tak reapply merupakan kesalahan utama yang menyebabkan kulit anda mudah terbakar selepas 2 jam pemakaian pelindung suria! Kajian  terbaru yang dijalankan pada May 2021 oleh persatuan American Academi Dermatologi mendapati hanya 33% dari rakyat America yang reapply pelindung suria , dan selebihnya tidak!

Pelindung suria bukanlah bahan magik yang boleh melindungi anda setiap masa” tegas Andrew Kaufman, MD, pengarah kesihatan Pusat Penjagaan Dermatologi di Calafornia.

Tidak reapply sunscreen antara kesilapan yang sering dilakukan tanpa sedar
sunscreen hendaklah reapply setiap 2 jam

3.Memakai sunscreen sebalik saja hendak keluar atau terdedah pada cahaya!

Pemakaian pelindung suria perlu digunakan sekurang kurangnya 20 -30 minit sebelum anda keluar rumah atau terdedah kepada cahaya untuk perlundingan kulit yang sepatutnya!Tetapi , apa yang terjadi adalah, kita selalunya apply sunscreen ni sebaik sahaja nak melangkah keluar rumah.

Kalau anda adalah salah seorang daripadanya , jangan buat lagi lepas ni ok! Jadi, langkah yang paling mudah ialah terus apply je sunscreen semasa anda memakai produk penjagaan skincare untuk waktu pagi.  

4.Kedekut ketika mengoleskan produk pelindung suria!

Almaklumlah nak jimat punya pasal dan tak mahu terlampau putih, nanti nampak macam pocong pula! Jadi letak sikit je ,cukuplah ! Oh, big NO!  Jangan sesekali buat macamni tau! Anda bukan saja membazir je pakai sunscreen, malah perbuatan memakai sunscreen yang sedikit pada kulit, sebenarnya, tidak akan dapat melindungi kulit anda dari terbakar akibat dari terkena cahaya matahari!

Mungkin anda tidak nampak kesannya sekarang, tapi untuk jangka panjang nya , anda dapat selamatkan diri anda dari terkena kanser kulit! Kajian membuktikan bahawa pemakaian pelindung suria dapat mencegah risiko dari menghidap kanser kulit.Jadi, jangan jadikan pelaburan anda sia-sia akibat dari perbuatan ini ya. Cara pemakaian pelindung suria yang secukupnya adalah sebanyak dua ruas jari !   

Pemakaian sunscreen yang betul adalah sebanyak 2 ruas jari

5. Tidak memakai di kawasan yang penting!

Kesalah kelima yang ramai dari kita selalu buat adalah dengan tidak memberi perhatian pada kawasan yang penting ketika memakai sunscreen. Contonhnya, seperti di celah hidung,sekitar bibir dan kawasan mata! Kajian pada tahun 2019 yang dijalankan di luar negara mendapati hampir 20 % dari orang awam tidak memakai pelindung suria di sekitar kawasan mata dan mereka juga tidak sedar bahawa kawasan ini adalah sama penting dengan bahagian muka yang lain!

Top 13 Best Lip Balm For Men - Essential Chapstick To Carry
Pemakaian pelembap bibir dengan nilai SPF adalah sangat penting

   Bibir juga merupakan kawasan penting dimana dianya tidak mempunyai kandungan melainin yang tinggi. Oleh itu pemakaian pelembap bibir dengan nilai SPF adalah amat penting bagi meindungi bibir anda dari bertukar gelap dan menggelupas akibat sinaran matahari. Ha, jangan pandang ringan ya, sebab Persatuan Kanser Kulit juga menyarankan kita agar memakai pelembap bibir yang mengandungi sekurang-kurangnya SPF15 bagi melindungi kulit bibir dari sinaran matahari!

Mary Jardin Peony Sunscreen diformuasi khas dengan SPF30

Pada anda yang masih mencari sunscreen yang sesuai , broad protection dengan nilai SPF 30, bolehlah cuba Mary Jardin Peony Sunscreen . Menariknya, sunscreen ni diformulasi khas oleh doktor medikal dengan menggunakan bahan organik , natural dan selamat untuk kulit anda ! Selain melembapkan kulit dengan kandungan glycerin dan mango butter , ianya diformulasikan dengan zinx oxide and titanium oxide , sebagai bahan utama! Peony extract dan rosehip oil juga sebagai antiaging booster !

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top