5 Cara Terbaik Gunakan Face Oil untuk Kulit Lebih Glowing!

5 Cara Terbaik Gunakan Face Oil untuk Kulit Lebih Glowing!

Apakah 5 cara terbaik untuk menggunakan face oil agar kulit lebih glowing? Pernah tak anda terfikir betul ke cara anda guna face oil dalam skincare rutin selama ni? Kalau anda perasan , kebanyakan orang di barat lebih menghargai penggunaan face oil sebagai skincare rutin, berbanding orang di Malaysia! Sebenarnya ,terdapat banyak khasiat semulajadi face oil pada kulit yang ramai dari kita yang tak perasan.Face oil berasaskan dari minyak tumbuhan semulajadi yang dah digunakan sejak berabad lamanya di mana ia memberi extra effect pada kulit! 

Kajian mendapati minyak essential dapat menjadikan kulit anda sihat berseri

In fact, Korean skincare pun dah banyak menggunakan bahan alami sebagai sumber utama dalam skincare tau!  Produk seperti The Ordinary pun ada mengeluarkan range face oil nya yang tersendiri! Inilah kelebihan yang ada pada bahan semulajadi di mana ia mempunyai keunikan tersendiri melalui khasiat alam semulajadi! Ok jom kita tengok cara face oil membantu masalah kulit anda !

Bagaimana 5 cara terbaik face oil menjadikan kulit anda sihat dan glowing?

1.Gunakan Face Oil mengikut keperluan kulit anda!

Anda boleh add face oil dalam skincare rutin dengan sapu pada “targeted area” yang bermasalah . Contohnya kawasan muka yang terlampau kering, atau yang ada kemerah-merahan dan sebagainya. Pendek kata, guna macam spot treatment dekat kawasan muka tertentu! Bergantung pada jenis kulit, anda boleh gunakan face oil sama ada waktu pagi sahaja atau pagi dan malam. 

Pelbagai khasiat minyak essential untuk kecantikan kulit menjadikan ianya juga sebagai pilihan di spa

Untuk yang ada kulit berminyak , dan cuaca seperti Malaysia yang ada kalanya terlampau panas yang menyebabkan muka makin berminyak,anda boleh sapu nipis face oil waktu pagi atau gunakan pada waktu malam sahaja! Dr. Alex Roher, MD, San Diego Botox Inc, menyarankan untuk apply face oil sebagai penjagaan terakhir untuk rutin malam

2.Mencampurkan face oil bersama serum atau foundation!

Ha, jangan tak tahu, face oil juga boleh dicampurkan dengan serum juga! Inas Anis, seorang nurse, esthetician and pakar dalam bidang anti-penuaan, menjelaskan, “Face oils boleh dicampur bersama produk lain seperti serum untuk mendapatkan kesan extra booster pada kulit anda” . Menariknya, face oil juga boleh dicampurkan bersama atau dipakai sebelum anda memakai foundation untuk effect yang lebih “glowing” dan sekata tau! Kalau tak percaya, cuba extra tips ni sendiri dan anda akan dapati kesan makeup foundation yang sangat “wow” pada kulit!

Penggunaan Face Oil dalam makeup menjadikan  kulit  lebih glowing secara semulajadi
Penggunaan Face Oil dalam makeup menjadikan kulit lebih glowing secara semulajadi

Untuk anda yang nak pakai face oil pada waktu siang, Dr. Alex Roher, MD, San Diego Botox Inc,  menyarankan pemakaian face oil pada waktu pagi adalah sebelum pekaian sunscreen! Kalau anda nak campurkan face oil dengan foundation, maka step ni akan jadi step yang terakhir selepas pakai sunscreen!

3.Dap dap kan face oil di muka!

Untuk menggunakan Face Oil dalam rutin harian, ia hendaklah dipakai selepas produk skincare yang berasaskan “water-based” . Ini kerana, produk yang mempuntai texture yang kurang pekat dan berasaskan “air” seperti toner , serum  atau moisturizer yang jenis gel, akan menyerap jauh ke lapian kulit yang dalam berbanding face oil yang berasaskan minyak tumbuhan! Produk yang berasaskan minyak berfungsi untuk “lock” kelembapan kulit anda .

Face oil berfungsi untuk "lock" kelembapan kulit agar kekal glowing!
Face oil berfungsi untuk “lock” kelembapan kulit agar kekal glowing!

Berbeza dengan produk yang water-based”, kadar penyerapan produk berasaskan minyak hanya akan berada di permukaan lapisan teratas kulit! Ini bertujuan supaya segala kelembapan dari bahan yang membantu mengekalkan kandungan air dalam kulit anda tidak mudah terhidrasi dan kering! Tak seperti produk berasaskan air yang agak cair dan mudah diserap oleh kulit, cara pemakaian face oil cukup dengan 2-3 titis saja pada kulit, dap dap lembut agar ianya sekata pada kulit untuk penyerapan yang maksima! Mudah je kan?

4.Cukup dengan sedikit saja pemakaian!

Tak macam produk skincare yang lain, face oil mempunyai kepekatan yang tinggi dan membekalkan nutrient yang banyak untuk kulit! Jadi cukup dengan apply 2-3 titis je tau! Sangat jimat dan menguntungkan! Jangan bazirkan duit anda untUk overapply face oil kerana 2-3 titis tu pun dah mencukupi untuk kulit ok.

Face Oil memberi khasiat terbaik dari alam  semulajadi unutk kulit lebih glowing
Face Oil mengandungi pelbagai khasiat semulajadi yang baik untuk kulit lebih sihat dan glowing

Satu perkara penting yang perlu ingat adalah penggunaan face oil sebenarnya begantung kepada jenis kulit anda. Jika kulit anda jenis berminyak, cukup sekadar menggunakan face oil pada waktu malam sahaja ok! “Penting untuk kita ingat bahawa penggunakan face oil sebenarnya bergantung pada jenis kulit yang dimiliki” jelas Rouleau, pakar kecantikan kulit dan estatician . “Face oil tak perlu digunakan secara banyak, cukup sekadar beberapa titis saja “jelasnya lagi.

5. Sebagai Double Cleansing

Face Oil juga sesuai digunakan sebagai double cleansing, terutamanya untuk anda yang nak cuci makeup pada waktu malam atau yang ada masalah jerawat yang teruk! Penting untuk anda pilih face oil yang tidak menyumbatkan pori tau, sebab tersalah pilih jenis minyak, kulit anda boleh meradang dengan lebih teruk ok! Untuk yang berkulit kering, cari face oil yang ada extra sunflower oil untuk bagi extra kelembapan disamping tak sumbatkan pori anda! Untuk kulit berjerawat, cari Face Oil yang ada kandungan tea tree.

Kepada anda yang mempunyai kulit berminyak, jangan takut untuk guna face oil. Mungkin, anda rasa yang face oil ni sebenarnya kan “minyak”, jadi bila apply dekat muka saya yang dah sedia berminyak ni,tak ke makin teruk breakout nanti? Jawapannya tengok jenis face oil yang anda gunakan! Cari face oil yang seeloknya organic & natural seperti Face Oil Mary Jardin, di mana ia bersifat non-comedogenics (tidak menyumbat pori) , malah membantu melembapkan kulit kering , iritasi dan mengecutkan jerawat di muka anda!

Face Oil Mary Jardin diperkaya dengan 8 jenis minyak essential 100% natural

Ini lah rahsianya kenapa Face Oil dah membantu berjuta rakyat Malaysia dapatkan kulit yang lebih sihat tanpa memberi apa-apa side effect pada kulit! Selain tu, ianya diperkaya dengan rosehip oil yang sangat bagus untuk antipenuaan! Face Oil Mary Jardin difomulasi khas oleh doktor medical dengan 8 jenis minyak essential yang berkualiti tinggi dan berkesan merawat pelbagai jenis masalah kulit.

Dah baca info best macamana nak guna face oil, jangan lupa share dengan kawan kawan yang ada masalah dengan skincare rutin ok! Sebarang cadangan berkenaan skincare tips atau pertanyaan masalah kulit boleh komen di bawah! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Click outside to hide the compare bar
Compare