5 Cara Pemakaian Clay Mask yang Betul dan Berkesan !

5 Cara Pemakaian Clay Mask yang Betul dan Berkesan !

Nak tahu cara paling berkesan dan betul memakai clay mask? Sebelum kita tengok cara guna clay mask yang betul , sebenarnya kena faham tujuan kita pakai clay mask adalah untuk membuang sel kulit mati dan kotoran pada liang pori.

Clay mask dapat membuang sel kulit mati secara selamat
Clay mask dapat membuang sel kulit mati secara selamat

Setiap clay mask atau tanah liat mempunyai khasiat dan fungsi berbeza.

Bentonite clay contohnya dipercayai dapat exfoliate kulit dengan mengawal sebum yang berlebihan, mengurangkan jerawat, mengeluarkan toxin dari kulit dan juga mengurangkan masalah kulit yang sensitif. 

Eh, sebenarnya kenapa wajib untuk kita guna clay mask? 

Kulit yang tak diexfoliate, penuh dengan kotoran, tak dibuang sel kulit mati akan mudah diserang jerawat.

Bila pori tersumbat, maka susah bahan dari produk skincare yang lain nak meresap secara maksima pada kulit! Jadi, bila anda pakai apa apa produk sekalipun , kesan dari skincare akan lambat pada kulit.

Kulit yang tak diexfoliate seminggu sekali akan menjadikan wajah kusam ,tak bermaya dan tak dapat khasiat yang maksimum dari skincare yang lain!

So, sebab tulah clay mask wajib untuk kulit yang lebih bersih dan sihat! Sebenarnya, pemakaian clay mask juga ada caranya yang betul untuk menampakkan kesan yang maksima pada kulit. Jom kita tengok caranya.

Macamana cara betul guna clay mask berdasarkan jenis kulit ?

1.Sediakan bekas dan perkakas yang sesuai 

Sediakan bekas kecil atau piring , bersama sudu yang dibuat dari plastik. Ambil lebih kurang 1 ½ sudu kecil clay mask dan letakkan dalam bekas/piring plastic tadi. Campurkan sedikit air. Ratio yang sesuai clay dengan air  1:2, 1:1.5. Jangan terlalu pekat atau cair. Kacau sampai mask bercampur dengan air dan tak berketul.

Gunakan bekas dan sudu plastic agak khasiat clay mask dapat secara maksima oleh kulit

2.Apply clay mask di muka

Pastikan anda basuh muka dengan air bersih sebelum pakai clay mask. Untuk apply clay mask, ada 2 cara iaitu gunakan jari yang dah dibersihkan terlebih dahulu atau gunakan berus khas untuk clay. Oles lembut pada muka dan biarkan sampai kering.

Untuk kulit kering biarkan selama 7-8 minit. Anda yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat, kulit kombinasi atau normal boleh memakai selama 8-10 minit. Bahagian muka yang lebih berminyak seperti kawasan T-Zone biarkan selama 10 minit. Manakala kawasan yang anda rasa kurang berminyak atau kering cukup dengan 7@8 minit sahaja ya!

Pemakaian clay mask perlu lebih lama pada kawasan muka yang lebih berminyak

Boleh juga add extra natural Greek yogurt atau natural honey sebelum apply clay mask untuk extra effects agar kulit kekal lembap! Pastikan anda tak apply clay di bahagian kulit yang sensitive dan nipis seperti sekitar mata.

Tapi untuk anda yang ada Detox Clay Mask dari Mary Jardin tak perlu tambah honey sebab di dalam detox tu dah ada natural honey dan Peppermint Essential Oil yang membantu mengecutkan jerawat dengan selamat tanpa mengeringkan kulit anda!

Detox Clay Mask Mary Jardin menyingkirkan kotoran di wajah tanpa mengeringkan kulit

Selain menyingkirkan toxin dan mencuci liang pori, detox clay mask ini juga mengandungi Viatmin C bagi mencerahkan kulit yang kusam dan gelap .

3.Bilas clay mask

Tips penting , elakkan mask 100% kering. Bilas muka dengan air bersih masa clay mask agak dah 80% kering tau!Tips ni sangat penting untuk elakkan kulit terlampau kering lepas pakai mask tu!  Macamana nak tau? Ok , sentuh dengan jari sikit time agak nak kering tu, jangan biar mask kering sampai macam tanah merekah ya!

Jangan biarkan clay mask terlampau kering kerana ia boleh menyebabkan minyak semulajadi kulit tersejat keluar
Jangan biarkan clay mask terlampau kering kerana ia boleh menyebabkan minyak semulajadi kulit tersejat keluar

Tak ramai yang tahu info ni. Semasa kita pakai clay mask, kulit kita akan alami 3 peringkat :

Peringkat 1 : Kulit akan menyerap semua khasiat dan bahan aktif ,mineral dan vitamin dari tanah liat. 

Terdapat 3 peringkat proses pemakaian clay mask terhadap kulit anda

Peringkat ke-2: tanah liat akan menyerap kemerahan dan sekatakan tona kulit dalam fasa pengeringan awal.

Peringkat ke-3 : peringkat di mana minyak semulajadi kulit dan hidrasi disejat dari kulit. 

Maka , sebab tulah kita perlu elak peringkat ke-3 tu, supaya clay tidak menyerap minyak semulajadi kulit dan menyebabkan kekeringan!

4. Cuci muka seperti biasa

Setelah selesai bilas clay mask dengan air biasa. Boleh juga gunakan air suam. Kemudian, cuci muka dengan pencuci seperti biasa. Pastikan pencuci muka anda mengandungi pH rendah yang tidak merosakkan acid mantle kulit.

Cuci muka dengan pencuci rendah pH setelah memakai clay mask
Cuci muka dengan pencuci rendah pH setelah memakai clay mask

5. Apply toner dan pelembap

Selesai cuci muka ,gunakan microfiber towel untuk lap muka anda. Jangan lupa dap dap lembut apply toner dan pelembap agar kulit anda kekal segar dan lembap!

Pemakaian toner dan pelembap adalah penting selepas memakai clay mask agar kelembapan kulit terjaga!

Untuk orang kulit berminyak anda disarankan menggunakan pelembap jenis gel. Orang kulit kering disarankan menggunkan pelembap jenis cream atau lotion untuk extra kelembapan! Manakala orang kulit kombinasi anda boleh menggunakan mana mana jenis pelembap.

Jangan lupa cuba 5 tips memakai clay mask ya! Pentingnya pemakaian clay adalah untuk membuang sel kulit mati dan mencuci liang pori , agar penyerapan skincare oleh kulit dapat diserap secara maksima! Rugi kalau anda tak pernah pakai clay mask sebab khasiatnya sangat banyak pada kulit tau!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Click outside to hide the compare bar
Compare