5 BAHAN WAJIB ELAK SEBELUM JERAWAT MAKIN PARAH!

Pernah tak anda rasa stress bila baca bahan untuk pilih skincare yang sesuai dengan masalah kulit? Kalau jawapannya YA! Anda sebenarnya tak keseorangan dalam hal ini! Paling sadis , salah pilih skincare ,duit pulak melayang!

Sebenarnya ada banyak senarai bahan merbahaya yang perlu dielakkan ketika memilih skincare. Jom kita tengok 5 bahan dulu yang perlu anda elak (berdasarkan kajian ahli-ahli dermatologi) bagi yang ada masalah jerawat !

1. Wangian sintetik (Synthetic Perfumes)

Fragrance” “perfume,” atau “parfum” adalah keyword kepada wangian sintetik. Menurut pakar kulit, wangian sintetik  mengandungi campuran pelbagai bahan kimia, yang merengsakan kulit berjerawat. Joshua Zeichner berkata, “Wangian sintetik adalah pencetus utama alergi kulit. Ia menyebabkan keradangan dan kerengsaan, menjadikan jerawat sukar dirawat.

2. Minyak Essential (Essential Oil)

Pakar kulit berpendapat bahawa kebanyakan penjagaan kulit “natural” menggunakan minyak essential, menyebabkan keradangan kulit makin parah dan iritasi pada kulit. Oleh itu , cari produk dengan minyak essential , yang tidak menyumbat pori (non-comedogenic). Elakkan menyapu terus minyak essential yang tidak disaring ke muka anda kerana kebanyakan darinya mengandungi tinggi kandungan lemak tepu yang menyumbat liang pori!

3.Sodium Lauryl Sulfate

Ianya juga ditulis sebagai SLS, SLES dan SDS. Terdapat banyak nama SLS lain yang digunakan oleh pengeluar kosmetik , jadi jangan mudah terpedaya ok! Berdasarakan kajian, SLS adalah bahan signifikan penyebab iritasi dan menyumbat liang pori. SLS juga menganggu struktur pertahanan kulit (skin barrier), mengakibatkan kekeringan pada lapisan kulit luar (stratum corneumdan) dan menganggu keseimbangan mikrobiota kulit. 

4. Isopropyl Myristate

Menurut pakar kulit, Isopropyl Myristate adalah bahan yang digunakan untuk merangsang penembusan dan peningkatan penyerapan bahan aktif produk penjagaan muka ke dalam kulit. Walaupun, ianya tidak mengakibatkan radang yang teruk, tetapi ianya menyumbat liang pori.

5. Isopropyl Palmitate

Isopropyl Palmitate adalah bahan emolien (bersifat comedogenic), yang digunakan dalam beberapa jenis pelembap. Bahan ini juga boleh menyebabkan pori-pori tersumbat dan komedon tertutup “clogged bumps”.

Jadi, ketika menyemak senarai kandungan bahan, pastikan salah satu dari perkataan ini tidak tersenarai dalam kandungan penjagaan wajah anda ya! Jangan lupa kongsikan artikel ini sebagai panduan pemilihan produk anda nanti! Nak lebih banyak tips OSEM tentang masalah kulit dari Dr.Maryam Aziz? 

Jom join kami di sini

https://t.me/skincarebuddy

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top