4 CARA MUDAH UNTUK REDAKAN JERAWAT DALAM MASA 3 HARI!

Mungkin sebelum ni anda kurang menghadapi masalah jerawat, tapi disebabkan pemakaian “mask” atau pelitup muka yang kerap sejak kebelakangan ini, menjadi punca wajah mulus dilanda cik “J” atau jerawat!

Terdapat pelbagai punca yang menjadi pencetus jerawat selain pemakaian pelitup muka dalam jangka masa yang berpanjangan. Pemakanan, lifestyle dan kebersihan antara penyumbang utama! Pastinya anda merasa tertekan bila jerawat muncul, lebih-lebih lagi ianya memberi kesan kepada keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain bukan? Ok, jom tengok 4 cara mudah yang boleh meredakan cik J dalam masa 3 hari! 

1.Elakkan stress dari hidup anda!

Stress merupakan punca utama kepada munculnya jerawat! Ini kerana stress mendorong penghasilan lebih banyak sebum (minyak). Dalam kata mudahnya, lebih tinggi stress yang ada hadapi, lebih banyak sebum yang dihasilkan oleh kulit. Maka lebih tinggi potensi jerawat untuk muncul! Menurut Dr. Ivy Lee, pakar dermatologi , Pasadena Premier Dermatology di California , “perkara yang paling utama dan terpenting untuk mengelakkan dan redakan jerawat adalah dengan menghindari atau mengurangkan stress dalam hidup anda”. Dr. Lee juga menekankan bahawa lebih banyak stress (samaada dari sudut emosi dan fizikal) yang anda hadapi, lebih tinggi tahap kortisol dalam badan dan semakin aktif kelenjar sebum (sebaceous glands) di kulit.

Kelenjar sebum yang berlebihan menjadi punca untuk pori tersumbat! Jadi, sekiranya anda dilanda masalah, cubalah kawal stress dengan menarik nafas, menghirup secawan air panas, melakukan regangan ringan atau berfikir sejenak dalam keadaan yang tenang bagaimana anda boleh atasi masalah tersebut. 

2. Minum air kosong yang secukupnya! 

Nampak mudah bukan? Tapi, jangan terkejut benda paling mudah nilah yang sebenarnya ramai orang susah atau terlupa nak buat! Untuk meredakan jerawat di muka anda, cara paling mudah adalah dengan minum air kosong sekurang kurangnya 8 gelas sehari! Anda juga dinasihatkan untuk elakkan minuman manis untuk redakan cik “J” dari menggila dan makin meradang. Ingat, limitkan kandungan gula dalam diet harian anda!  Lebih banyak anda elakkan makanan dan minuman manis, lebih cepat masalah jerawat boleh diatasi!

Kajian tentang perkaitan jerawat dan pemakanan membuktikan bahawa, mereka yang sering mengambil makanan dan minuman bergula mempunyai risiko 30% lebih besar menghasilkan jerawat. Peningkatan risiko ini disebabkan kesan karbohidrat halus terhadap gula darah dan tahap insulin. Jadi pastikan anda mengambil cukup air kosong untuk meredakan jerawat di wajah ya.

3. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti!

Apakah perasaan anda ketika bangun pada setiap pagi? Salah satu cara untuk tahu tidur yang berkualiti dan cukup adalah bila anda bangun dengan perasaan yang tenang dan segar! Itu bermaksud tidur anda adalah berkualiti dan tidak terganggu. Berdasarkan National Sleep Foundation, orang dewasa memerlukan 7 hingga 9 jam tidur pada waktu malam untuk bangun dalam keadaan yang sihat keesokan harinya!

 Kajian menyatakan bahawa kurangnya waktu tidur yang cukup dan kurang berkualiti akan merangsang dan meningkatkan lebih banyak kandungan kortisol dalam badan. Hal ini menyebabkan anda berisiko untuk mendapat lebih banyak jerawat selain masalah kulit yang lain.Jangan terkejut! Hakikatnya ramai orang dewasa sukar mendapat tidur yang berkualiti. Kajian terbaharu tahun 2019, mendapati 45% orang dewasa mendapat tidur yang tidak berkualiti. Antara cara paling mudah untuk tidur yang berkualiti adalah dengan elakkan fikir dengan terlalu banyak terutama ketika hendak tidur. Selain, elakkan menggunakan handphone sebelum tidur dan tidur seawal yang boleh pada waktu malam.

Oleh itu, tak hairanlah antara tidur yang cukup adalah antara rahsia kejelitaan kebanyakan artis dan supermodel terkenal   , selain bersenam. 

4. Gunakan ubat jerawat atau acne spot treatment cream!

Ubat jerawat atau acne spot treatment cream adalah salah satu cara pantas yang boleh redakan jerawat. Terdapat banyak jenis ubat jerawat yang boleh didapati di farmasi atau drugstore . Secara umumnya ada dua jenis, pertama yang di tetapkan oleh doktor dan kedua , yang boleh didapati di kedai ubat atau farmasi. Antara yang boleh didapati di farmasi adalah  benzoyl peroxide, salicylic acid dan tea tree oil, yang berfungsi membunuh dan mematikan bakteria penyebab jerawat dan mengeringkan kawasan jerawat tersebut. 

Anda dinasihatkan untuk mulakan dengan dos yang rendah dan tingkatkan penggunaan dengan dos yang lebih tinggi sekiranya perlu. tea tree oil adalah lebih selamat dan bersifat natural. Fungsi utama tea tree oil adalah sebagai anti-bakteria penyebab jerawat dan anti radang.

Jadi, selamat mencuba! Ingat..,jangan mudah tertipu dengan produk di pasaran yang akhirnya menjerat diri anda. Pastikan anda dapat ilmu dan panduan yang cukup dalam memilih produk yang betul untuk masalah kulit anda. Dapatkan lebih banyak tips dan panduan yang osem secara PERCUMA di telegram channel Dr. Maryam Aziz sekarang ! 

https://t.me/skincarebuddy

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top