3 TIPS MUDAH ATASI MUKA BREAKOUT KETIKA TUKAR SKINCARE BARU

3 Tips Terbaik Atasi Breakout Ketika Tukar Skincare!

Nak tahu 3 tips terbaik atasi muka breakout ketika tukar skincare? Setiap kali tukar skincare baru je, mesti akan naik jerawat baru atau breakout! Pelik betul kan? Tak tahu kenapa jadi macamtu. Bila google, rupanya masalah jerawat terjadi masa tukar skincare baru ni memang selalu terjadi ! Jadi macamana tips nak atasi muka supaya tak naik jerawat atau breakout, terutamanya bila kita tukar skincare baru? Jom, tengok apa cara terbaik untuk atasi masalah breakout setiap kali anda tukar skincare.

3 tips terbaik atasi breakout ketika tukar skincare

1.Semak kandungan bahan skincare 

semak kandungan bahan skincare antara tips penting bagi mengelakkan breakout
kandungan skincare adalah sangat penting untuk lihat toleransi kulit terhadap bahan yang digunakan

Ramai yang tak sabar untuk cuba skincare baru, terutamanya bila skincare yang sedia ada tidak menyelesaikan masalah kulit anda .Sebaliknya memberi kesan yang negatif seperti breakout atau jerawat makin banyak pada kulit. Tapi, anda kena faham , proses menukar skincare bukanlah secepat 3 hari . Sekurang-kurangnya tunggu dan lihat reaksi skincare terhadap kulit dalam masa 2 bulan. Kalau kulit anda mengalami perubahan negatif, maka berkemungkinan ianya kurang sesuai untuk kulit anda.

Jadi perkara pertama yang anda perlu buat dari tersalah pilih produk adalah dengan semak kandungan bahan skincare tersebut. Adakah skincare tersebut mengandungi bahan kimia yang berbahaya pada kulit ,berpotensi akan menyebabkan iritasi atau purging. Bahan kategori berbahaya yang selalu di dapati dalam produk skincare termasuklah dari bahan yang menghasilkan buih , wangian sintetik dan bahan pengawet.

Bahan yang digunakan untuk penghasilan buih boleh menyebabkan jerawat terjadi

Dah pass bahan-bahan ni, kemudian check pulak samada terdapat kandungan bahan yang menyebabkan purging .Contohnya seperti Retinols, Asid (termasuklah AHA dan BHA  , Vitamin C (Ascorbic Acid, Acrobyl Glucose dan Magnesium Ascorbyl Phosphate).  Dengan cara ini, mudah untuk anda tahu sama ada jerawat atau breakout yang anda alami tu adalah disebabkan purging atau skincare baru yang anda beli tu tak sesuai untuk kulit anda!

2.Buat patch test antara tips untuk elak breakout

Cara paling selamat untuk elak muka dari tumbuh jerawat masa tukar skincare baru adalah dengan melakukan patch test. Sebenarnya , ramai yang tak tahu tujuan patch test dilakukan adalah untuk kita tahu kesesuaian kulit terhadap skincare baru. Ianya juga bertujuan untuk tahu sama ada skincare yang kita beli tu mengandungi bahan yang menyebabkan iritasi atau sebaliknya!

Patch test antara tips penting untuk elak breakout dan keserasian kulit terhadap skincare baru
Patch test antara tips penting untuk kesan keserasian kulit terhadap skincare baru

Cara nak buat patch test ni sangatlah senang! Anda hanya perlu sapukan sedikit skincare baru tu dekat kawasan sensitif seperti di kawasan belakang telinga, pergelangan tangan  atau leher. Anda hanya perlu ulang proses ini selama 2 hari atau lebih , bergantung pada sensitiviti kulit masing-masing. Dalam masa ni, kalau tak ada reaksi pelik seperti kemerahan, gatal-gatal atau berbiji , maknanya skincare tersebut serasi dengan kulit anda!

3. Teknik Layering

Sekiranya anda baru beli skincare, wajib untuk anda lakukan teknik ini bagi mengelakkan sebarang jerawat atau breakout pada wajah! Jangan cuba semua skincare produk sekaligus ya! Caranya sangatlah mudah. Anda hanya perlu jarakkan setiap produk skincare yang baru dibeli selang beberapa hari . Contohnya, mula dengan pencuci muka dahulu, kemudian selang 4 ke 5 hari, guna pula toner, kemudian masukkan rutin serum dan seterusnya.

Layering teknik merupakan teknik yang berkesan untuk mengelakkan jerawat dari muncul di wajah anda !

Sebenarnya ,tak ramai yang tahu kaedah layering ini! Tujuannya supaya mudah untuk anda kesan sekiranya ada antara produk di dalam set penjagaan skincare tersebut tak sesuai untuk kulit. Contohnya seperti pelembab, toner atau sebagainya! Sekiranya anda nak cuba skincare natural, organic dan selamat , formulasi doktor medikal , anda boleh dapatkan di sini . Menariknya, setiap skincare kami diformulasi khas dengan bahan natural berkualiti, berdasarkan kajian dan mengikut jenis kulit pengguna Asia !

Oh ya! Dah tahu 3 tips mudah ni, jangan lupa untuk apply , supaya masalah jerawat dapat diatasi setiap kali anda tukar skincare baru! Ingat, kunci utamanya adalah SABAR . Jangan lupa kongsikan tips berguna ni , supaya lebih ramai yang dapat manfaat ok!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top