3 TIPS ELAKKAN KULIT MAKIN KERING KETIKA MEMAKAI KRIM JERAWAT!

Antara krim jerawat yang baik untuk kulit berjerawat adalah Benzoyl Peroxide, Adapalene, Salicylic Acid dan Clindamycin. Namun, masalah utama bila anda menggunakan krim jerawat adalah kulit bertambah kering dan kemerahan. Sebenarnya, pemilihan jenis krim jerawat bergantung kepada jenis jerawat yang dihadapi. Jom kita semak 3 tips WAJIB ANDA BUAT sekiranya anda mengalami masalah di atas!

1. Guna pencuci muka yang rendah tahap pH . 

Ramai yang masih tidak sedar memilih pencuci yang sesuai dengan pH kulit adalah sangat penting! Gunakan pencuci muka yang rendah tahap pH, bagi mengelakkan kulit makin kering ketika menggunakan ubat jerawat. Ianya juga dapat mengelakkan kulit terganggu dengan pelbagai masalah yang lain. 

Cara terbaik untuk mengetahui pencuci muka tersebut rendah tahap pH, adalah dengan melihat kepada buih yang terhasil. Menurut pakar dermatologi , Dr. Rita Linkner , “pencuci muka yang menghasilkan buih yang minimal atau tidak menghasilkan buih, menunjukkan ianya rendah tahap pH”. Jadi, pastikan anda tak tersalah pilih.

2. Wajib pakai pelembap DAHULU selepas mencuci muka !

Pelembap merupakan penjagaan muka yang wajib tidak kira apa jenis kulit muka anda! Ramai orang dengan kulit jenis berminyak berpendapat bahawa mereka tidak perlu  memakai pelembap , disebabkan minyak yang terlampau banyak di permukaan kulit. Jika anda salah seorang darinya,tanggapan anda SALAH! Semua jenis kulit memerlukan pelembap untuk kekal sihat, bezanya jenis pelembap sahaja ! Jadi, jika anda saying kulit anda jangan lupa pakai pelembap okay? Tips pemilihan pelembap kami akan kongsikan di posting yang lain, pastikan anda tidak terlepas!

3. Sapukan ubat jerawat atau spot treatment cream!

Langkah terakhir , sapukan ubat jerawat di kawasan yang terlibat sahaja tau! Jika anda menyapu ubat jerawat di kawasan yang tidak berjerawat , kesannya kawasan yang tidak terlibat tersebut berpotensi untuk mengalami kemerahan, kekeringan dan radang! Satu lagi tips penting dan selamat ketika memilih ubat jerawat untuk beginners adalah dengan memilih ubat jerawat dengan kandungan peratusan yang rendah , sebelum menukar kepada peratusan yang lebih tinggi  jika perlu!

Sekarang anda dah tahu tips penting cara aplikasi ubat jerawat bukan? Jangan lupa untuk share & join telegram channel Dr.Maryam Aziz untuk lebih banyak tips berguna berkenaan jerawat dan produk yang selamat untuk kulit anda! Click link ni untuk join secara PERCUMA sekarang !

https://t.me/skincarebuddy

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top