3 Jenis Vitamin yang wajib diambil oleh pengidap jerawat !

Tahukah anda apakah 3 jenis vitamin yang wajib diambil bagi mengatasi masalah jerawat yang tak pernah surut ? Jom kita semak! 

1. Vitamin A

Ramai yang masih tak tahu Vitamin A sebenarnya penting untuk kesihatan dan pertumbuhan sel kulit. Dua sumber Vitamin A adalah dari tumbuhan (carotenoid) atau haiwan (retinoids). Vitamin A juga dikenal sebagai isotretinoin. Punca utama jerawat adalah penghasilan minyak (sebum) yang berlebihan. Jadi, untuk mereka yang berjerawat, Vitamin A berfungsi untuk mengawal penghasilan minyak berlebihan oleh kulit bagi mengelakkan penghasilan jerawat. 

Bukan itu je, vitamin A mempunyai kandungan antioksidan yang melindungi sel dari kerosakan radikal bebas! Hasilnya, kulit anda akan lambat berkedut dan awet muda ! Yang paling best, Vitamin A juga tidak akan mengeringkan kulit wajah anda disamping mengekalkan kelembapan kulit agar kekal sihat!

2. Vitamin C 

Vitamin C adalah supplement yang popular bagi mereka yang ada masalah jerawat. Jerawat adalah keadaan kulit yang meradang disebabkan oleh pori-pori yang tersumbat. Jadi, sifat anti-radang vitamin C membantu mengurangkan kemerahan, pembengkakan, pustula dan kulit meradang yang bernanah. Di samping, menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan penghasilan kolagen! Hasilnya, jerawat kecut dan parut pun akan berkurang! 

3. Omega -3 (Fatty Acid) 

Ha, jangan terkejut yang kajian terbaru membuktikan hampir semua jenis jerawat ada kaitan dengan keradangan. Tiga sumber Omega -3 adalah dari EPA dan DHA, yang terdapat pada ikan dan minyak ikan, dan ALA (kekacang dan biji tertentu). Sifat anti-radang dan anti-bacteria EPA dan DHA mengecutkan jerawat dengan mengurangkan keradangan pada kulit, selain mengawal hormon penyebab jerawat (testosterone dan androgen). 

Paling penting pastikan semua Vitamin diatas diambil dalam jumlah yang betul untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan yang buruk!

Anda boleh dapatkan lebih panduan berkenaan kesihatan kulit dan topic yang berkaitan di telegram channel Dr. Maryam Aziz di sini !

https://t.me/skincarebuddy

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top