3 Cara Wajib Buat Untuk Menyembuhkan Jerawat Papules dan Cysts!

“Eee! Geramnya rasa nak picit je jerawat ni! Time, mengandung nilah dia nak naik! Penat betul! Macam-macam dah try pun masih tak hilang..” dengus Milah, bermonolong dengan diri sendiri.

****

Situasi Milah memang boleh jadi dekat sesiapa sahaja.. salah satu sebab jerawat Milah susah nak hilang sebab dia tak pernah nak ambil tahu perihal tentang jerawat. Akibatnya, dia banyak berhabis duit bertukar skincare yang akhirnya menjadikan muka Milah bertambah teruk.

Jerawat adalah benda yang paling menjengkelkan bila ianya muncul! Tapi, kebanyakan dari kita sebenarnya tak kenal pun jenis2 jerawat yang ada. Kita ingat selama ni asal jerawat je boleh guna any related acne products. Sebenarnya setiap jenis jerawat memerlukan rawatan yang berbeza, barulah berkesan!

Pernah dengar apa itu jerawat Papules dan Cysts? Jerawat jenis ini adalah jerawat inflamatori. Ianya terjadi disebabkan gabungan sebum (minyak), bakteria, dan kotoran yang terperangkap di pori anda. Jerawat jenis ni adalah jerawat yang tidak mempunyai ‘mata’ dan tumbuh di bawah permukaan kulit. Kebiasaannya, benjolan jerawat ini tak dapat dilihat dengan jelas dari jauh. 

Asalnya ia adalah blackheads atau whiteheads yang dibiarkan , tidak dirawat . Lama-kelamaan membesar, bernanah dan meradang akibat pembiakan bakteria. Beza antara keduanya ialah jerawat Cysts adalah kawasan putih besar di bawah kulit yang menyakitkan apabila disentuh. Manakalan Papules tidak sakit apabila disentuh dan kelihatan merah akibat keradangan (pembengkakan) kulit di sekitarnya.

Jom kita tengok 3 cara wajib yang anda perlu buat untuk mengatasi masalah jerawat jenis ini

1. Elakkan memicit dan memecahkan jerawat tersebut !

Dek kerana terlampau geram , ramai yang suka menyentuh dan picit jerawat tanpa berfikir panjang! Perbuatan memicit jerawat ini bukan sahaja menyebabkan bakteria lebih banyak membiak dan merebak di permukaan kulit, malah menjadikan kulit bertambah radang dan sakit kesan dari picitan jerawat ! Parut adalah benda yang paling susah untuk dihilangkan kesan dari perbuatan anda ini.

2. Tuam kawasan jerawat dengan air suam

Kaedah ini sangat membantu dengan mengurangkan rasa sakit pada jerawat ! Tuam dengan tuala yang direndam air suam selama 10 hingga 15 minit pada kawasan jerawat. Lakukan 3-4 kali sehari untuk membolehkan jerawat mengeluarkan nanah dan sembuh. Pastikan air tidak terlalu panas untuk mengelakkan kulit anda terbakar.

3. Sapukan antibiotik topical

Ubat jerawat dapat membantu mematikan bakteria jerawat jenis ini, selain mengurangkan keradangan. Sekiranya jerawat jenis ini berulang, sapukan ubat jerawat di sekitar kawasan jerawat tersebut sebagai langkah pencegahan! Ubat sapuan jerawat boleh didapati dalam bentuk gel , yang disapu dua kali sehari. Untuk anda yang berkulit sensitif, dicadangkan menggunakan sekali sehari . Jangan lupa untuk pantau bagaimana reaksi kulit anda terhadap ubat tersebut. Tingkatkan penggunaan hingga dua kali sehari sekiranya tiada reaksi yang tidak diingini!

Ok, jangan lupa untuk cuba 3 tips wajib ini ! Ingat, jangan mudah tertipu dengan produk di pasaran yang akhirnya menjerat diri anda. Pastikan anda dapatkan ilmu dan panduan yang cukup dalam memilih produk yang betul untuk masalah kulit anda. Jangan lupa share & like artikel ini sekiranya ianya bermanfaat !

Dapatkan lebih banyak tips dan panduan yang osem secara PERCUMA di telegram channel Dr. Maryam Aziz sekarang !

https://t.me/skincarebuddy

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top